Showing posts with label BELGIAN SPECIALITIES. Show all posts
Showing posts with label BELGIAN SPECIALITIES. Show all posts

Tuesday, March 3, 2009

SPRUITEN



SPRUITEN atau SPRUITKOOL atau dikenali juga sebagai BRUSSELS SPROUT dahulunya terdapat di sekitar Brussels pada tahun 1821 dan ditanam di Eropah sebagai salah satu tanaman utama di musim sejuk. Nama asalnya 'Choux de Bruxelles' dan rupanya seakan-akan kobis kecil. Rasanya.....eeemmmm, pada pendapat kamilah kurang sikit mungkin sebab tak kena dengan cara memasaknya dengan betul. Resepi sendiri2- apalagi sayur air.

Friday, February 13, 2009

FRESH BELGIAN CHOCOLATES

Apa yang membuatkan coklat di Belgium ini unik adalah kerana buatan tangan dan di kedai-kedai kecil mereka menggunakan peralatan asli. Coklat ini sesuai sebagai cenderahati yang eksklusif kerana mutu dan citarasanya yang berbeza dari 'American Chocolate'. Belgian Chocolate popular sejak kurun ke 18 lagi tetapi cara baru pemprosesan telah diilhamkan oleh JEAN NEUHAUS pada 1912, setelah company Neuhaus ditubuhkan pada tahun 1857. Neuhaus menggunakan versi khas coklat dipanggil 'couverteur' sebagai 'cold shell' atau dikenali sebagai 'pralines'. Pralines boleh diisi dengan pelbagai perasa nougats atau krim seperti kopi, hazelnut, buah-buahan atau juga coklat sendiri. Antara syarikat coklat praline yang masih beroperasi hingga kini adalah seperti LEONIDAS, NEUHAUS, GODIVA dan NIRVANA. Terdapat juga coklat yang menampilkan pelbagai bentuk yang seperti hantu, dinosour dan juga '18 SX'....

WITLOOF





Sekitar tahun 1845 dan 1870, chicory root (coffee substitute) menjadi tanaman penting di kawasan utara barat Brussels. Semasa musim sejuk, chicory root akan menghasilkan 'white sprouts' yang lebih menyerupai ENDIVE (a plant narrow whitish head with curly green leaves, which are eaten raw in salads). Orang Perancis memanggil tumbuhan ini sebagai 'endives de Bruxelles'. Manakala British dan Americans menggelarnya 'Belgian Endive'.
Pada tahun 1912, BELGIAN ENDIVES atau WITLOOF (sebut witlof) menjadi sumber utama kepada petani di daerah Kampenhaut, Belgium kerana tanahnya yang sesuai (campuran tanah bersama tanah liat, pasir dan kapur). Sebelum perang dunia ke 2, witloof dibungkus dalam 'wicker basket'. Semasa dibawah German ketika itu, ia telah ditukar kepada 'wooden crates' dan 'card boxes'.
Witloof boleh dimakan mentah dengan mayonis, namun di Flanders ia popular sebagai hidangan yang dimasak bersama ham, cheese dan dimakan bersama mashed potato. Pada pendapat kami, witlof ada rasa pahit2 sikit tapi ok sebab rangup.

Thursday, February 5, 2009

BELGIAN LACE











Ada pendapat mengatakan LACE berasal dari zaman purba Rome lagi. Di Belgium, Raja Charles ke 15 mengarahkan semua sekolah mengajar cara membuat lace. Seiring dengan peredaran masa, gaya dan teknik membuat lace juga dipertingkatkan. Terdapat 2 teknik yang dipraktikkan dalam cara membuat lace. Pertama-'needle lace', teknik ini masih lagi digiatkan di Region of Aalst. Ia dipanggil Renaissance atau Brussels lace kerana kebanyakan lace dijual di bandar ini. Jenis yang kedua ialah Bobbin Lace. Jenis ini terdapat hanya di Brugges tetapi ia tidak dikomersialkan kerana jenis lace ini tersangat mahal. Kebanyakan pembuat lace terdiri dari wanita traditional. Lace sesuai dibeli di sini sebagai tanda cenderamata. Terdapat pelbagai gaya dan corak lace dalam bentuk sapu tangan,alas meja, bekas tisu, sarung bantal, gown, apron dan banyak lagi. Pendek kata semua cantik-cantik dan kebanyakan berwarna putih.

Sunday, February 1, 2009

BELGIAN TAPESTRY













Tapestry telah dihasilkan berkurun lamanya oleh penenun Eropah semenjak zaman Medieval (old fashion) ,'renaissance' period dan arts & crafts period. Pada kurun ke 13 dan 14, pihak gereja telah mengenalpasti nilai kesenian tapestry. Set tapestry yang tertua iaitu Apocalyspe of St John telah ditenun di Paris dari tahun 1375-1379. Di situlah pusat pengeluaran sehingga perang meletus menyebabkan penenun terpaksa melarikan diri ke utara melalui Arras ke Flanders (Belgium dan utara Perancis). Di zaman ini, kita boleh dapati koleksi tapestry dalam bentuk 'wall hanging', sarung kusyen, beg, pelapik meja dan sebagainya.

Thursday, January 22, 2009

BELGIAN WAFFLE









Waffle, antara kuih Belgium yang mudah didapati dimana-mana dan dijual oleh penjual jalanan di sini.Kalau tempat kita mestilah pisang goreng dan keropok gotel/lekor. WAFFLE atau dalam bahasa Perancis dikenali sebagai GAUFRE. Waffle dimasak /dibakar dalam acuan khas dipanggil 'waffle iron'. Kalau kat Brussels, biasanya waffle dihidangkan bersama2 'topping' sama ada menggunakan cream atau 'chocolate spread'. Ia juga dihidangkan sebagai 'dessert' bersama topping ais-krim. Waffle yang terkenal dan paling famous adalah dari bandar LIEGE (eastern Belgium). Ia diperkenalkan sejak dari abad ke 18 oleh chef dari Prince Bishop. Waffle ini biasanya dihidangkan kosong(plain) kerana ia sudah bersalut gula pasir. Oleh kerana tersohor dengan kelazatannya, dimana-mana gerai pun akan tertera perkataan 'Gaufre de Liege". Harga waffle biasanya dalam lingkungan Euro 1.50 hingga 2.50. Sememangnya waffle ini berbeza rasanya dengan waffle yang biasa terdapat kat tanah air. Dijamin sedap...