Showing posts with label AIDIL ADHA CELEBRATIONS. Show all posts
Showing posts with label AIDIL ADHA CELEBRATIONS. Show all posts

Tuesday, December 9, 2008

HARI RAYA AIDIL ADHA DI BRUSSELS, 8 DIS 2008


Sekali lagi kami dijemput untuk sambut Aidil Adha di kedutaan Malaysia di Brussels. Kali ini tak ramai yang dapat pergi. Lagipun sebilangan dari kami pulang ke Malaysia. Memandangkan Dr Pazudin tak dapat pergi maka familyku bersama dengan family beliau (Dr Nurul & 2 orang anaknya) bertolak awal pagi lagi hari Isnin dalam kesejukan penghujung musim luruh ke embassy (aku pontenglah apa lagi.....lagipun tiada pembedahan of my interest). Impian Hilman nak naik 'train kat atas' terkabul lagi setelah hampir seminggu mengajakku naik train tersebut. Tapi....ramainya orang sampai train & tram penuh sesak. Almaklumlah orang nak pergi kerja. Huh.. kami 2 kali terpaksa patah balik kerana tersilap metro direction dan satu lagi entah macamana si driver tram tak berhenti pulak depan embassy di Madoux walaupun kami dah tekan loceng. Tak macam raya aidil fitri dulu kami kelewatan tak sempat solat raya. This time orang tak mulapun lagi takbir. We are among the earliest to arrive. Dapatlah jumpa Khairudin, pelajar PhD di Brussels yang baru 5 minggu sampai. Beliau dari same U dgn Zaini (UniMap). Macam biasalah, lepas solat & khutbah kami makan2lah. Tiada daging korban. Staf2 embassy sekali lagi sukarelahati bawa makanan masing2 untuk jamuan hari raya...tiada peruntukan dari kerajaan. Lagipun sekarang musim gawat yang teruk di US & EU. Di sebelah petang pula Kak Jamaliah(kastam) jemput kita orang ke rumahnya pada jam 6 petang (dah malam waktu ini). Demi semangat Malaysia, kami terima ajakan beliau. So, sebelum itu kami ke rumah En Adnan & isterinya Nurul beraya kat sana. Lagipun rumahnya berdekatan dgn rumah Kak Jam di Kraainem. Best dapat makan nasi daging dgn asam & budu, bubur kacang hijau dan pau panas2. Mereka berdua mempunyai 2 orang anak Adham(4) & Adlan(1) yang dijaga oleh pembantu rumahnya dari Senegal bernama Bana. Sebelum ini En Adnan bertugas di Senegal selama 3 tahun. Beliaupun dah 3 tahun tak balik Malaysia (Utara&Kelantan). Memang seronok berbual pasal pengalaman masing2 terutama En Adnan yang saya banyak bertanya pasal negara2 Afrika (rasa teringin sangat nak ke sana terutama melihat bandar Timbuktu di Mali). Bila tiba waktunya di rumah kak Jam rasa tak larat sangat nak isikan perut lagi sebab dah terlampau kenyang. Tapi disebabkan macam2 makanan termasuklah serawa durian makan dgn pancake...ooh bestnya apa lagi gasak le sampaikan nak bernafas pun tak boleh dah......
Anak2pun seronok main dgn kawan2 baru mereka. Dr Pazudin joined us later. Kami pulang pun dah lewat tapi sempat catch train ke Ghent. Biasa le bila dah malam apa lagi kena dukung le sorang satu anakanda. Dekat Gare Centraal kami lihat ramai orang beratur ambil makanan & minuman.......rupa2nya untuk orang2 miskin. Rezeki hilman sekali lagi dapat naik 'train kat atas' yang biasanya hanya ada pada waktu peak hours. The next morning hilmiyyah & hilman terpaksa ponteng sekolah lagi.......aku ke St Niklaas Hospital bersama Prof Oosterlinck buat 3 urethroplasty.