Selepas menaiki train selama 2 jam 1/2 (kena tukar 3 kali train). Amboi bukan main seronok lagi hilman sebab dapat naik double decker train selepas hari tu masa pergi ke Brugge kali kedua terpaksa duduk kat tangga aje kerana overcrowded. Mula2 plan nak pergi sama2 dengan zaini sekeluarga, hilmi& natrah & pazudin tapi biasalah bila dah dengan budak2 ni banyak kerenah jadi kami terlepas hanya 1 minit train. terpaksalah tunggu next train tapi itupun rasanya 15-20 minit kemudian. Pemandangan boleh tahan juga tapi sayang tak shooting. Kami bypass bandar Leuven. Sampai sana depa dah tunggu kat station Palais. Jalan kaki aje ke rumah Am tapi belakang rumahnya bau busuk katanya malam ada penagih dadah yang kencing kat situ. Kata Am, LIEGE tak berapa jauh dengan Maastricht di mana kat sana drug addiction is legal jadi mudahlah dapat supply. Lepas makan kami geng lelaki jadi bujanglah sekejap pergi jalan kat "pasar tani" huh panjang juga barisannya sampai 3 km. macam2 ada termasuklah jual bintang ternakan & peliharaan. Setelah berada di situ hampi jam 4 petang kami ramai2 nak pergi pulak openhouse kat rumah Encik Adnan pegawai kedutaan di Brussels tapi kami terlepas train jadi kena tunggu pulak next train 1 jam lagi & tambahan lagi train tu lewat another 20 minit pulak terpaksalah cancel ke Brussels. Masing2pun ubah haluan ke rumah masing2. Dari Palais kami kena naik train ke Guillermi kat situ barulah ambik train ke arah Brussels seterusnya ke Ghent. Semasa menunggu di situ apa lagi budak2 pun main2lah hinggakan tertinggallah Ultraman TIGA . Nak pergi cari kot terlepas train nanti so buat senyap aje supaya Hilman tak minta benda tu
Setelah pergi openhouse kat rumah duta yang agak jauh jugak kat Brussels tu pada hari Ahad maka kami berkumpul pulak kat rumah Zaini di Hoogstraat. Semua pelajar PhD datang kecuali sorang pelajar PhD perempuan yang kat Brussels tu lupa dah namanya. Kawan2 PhD Zaini dari Syria & Turki pun datang. Ada laksam kelantan, soto, kari daging, nasi minyak, cendol dll. Ada sahabat kita dari Jepun yang tinggal kat Leuven untuk sebulan atas urusan rasmi company beliau.lupa dah nama beliau. Bestnya kumpul ramai2 dan makan makanan Malaysia. Rasanya lebih meriah daripada kat Malaysia.
Hari Raya sehari lebih awal dari Malaysia. Setelah dapat email yang solat raya akan diadakan di Malaysian Embassy di Brussels, pada pagi raya 30 September kami bergegas ke sana....fuh jauh jugak sebab selepas naik train dari Ghent, di Brussel Central Station kena pulak naik metro direction ke Stockel turun di Montgomery. Di situ naik tram no 44 atau 39 turun di Madoux. Embassy hanya 20m dari stop tersebut. Hujan renyai2 pulak tu. Jawabnya hanya sempat dengar khutbah raya je ..le. Dapatlah berkenalan dgn kakitangan embassy dan pelajar Malaysia. tak ramai.... 95% buat PhD. Rupa2nya abang Azmil Ali Setan pun ada. Beliau sekarang belajar ugama di Syria. Dia datang dengan anak2 beraya dengan kakaknya di Brussels. Duta Besar Malaysia, Dato Hanif dan Isteri mulakan dengan ucapan hariraya. Satu jemaah tabligh dari Malaysia pun ada.....mereka kat sini dah sebulan. Saya dapat juga jumpa kakak Nur Aishah Taib, my classmate, UMMC Breast Surgeon. Kakaknya nama NurAshikin, salah seorang kakitangan penting kat embassy. Seronok juga raya kat sini. Last dapat juga jumpa abang Zafri yang tinggal kat Mons, kawan Dr Shafie. Dia dulunya nelayan orang penang kahwin dengan orang Belgium yang dikenalinya masa she visited M'sia sometime ago then masuk Islam. Jodoh katakan. Dia happy kat sini.Kalau kat M'sia dia raya sorang2 aje katanya. Isterinya bagus bertudung sebagai orang Islam & boleh cakap melayu pulak tu.
Pada Hari Jumaat saya dan Dr Pazudin ke rumah Yang Berbahagia Dato' Hanif, Duta Besar Malaysia bagi Belgium, Luxembourg & European Union lepas kami balik dari hospital. Hari itu hujan lebat dan rumah beliau agak jauh juga tapi akhirnya kami tiba selepas hampir 2 jam perjalanan. Rupa2nya ramai juga orang2 kenamaan dari berbagai bangsa yang hadir termasuklah rakyat Malaysia yang tinggal atau bekerja di sekitar Belgium. Ruginya kami tidak ambil apa2 foto sebagai kenangan. Macam-macam makanan yang dimasak sendiri oleh Yang Berbahagia Datin ( hebat juga Datin). Nasib kami baik bila driver Dato' seorang Indian yang baik hati hantar kami pulang sehingga ke Brussel Zuid.
Ghent ( Gent in Dutch; Gand in French ) is a city of Flanders, the northern part of Belgium. Ghent is a city of historical. During the Middle Ages, it was one of the richest and most powerful cities in Europe. The main language here is Dutch (Flanders' people prefer Flemish).
Peristiwa Pilu 11 April 2021
-
Assalamualaikum sahabat,
Inilah foto kami yg terakhir, di majlis konvo pada 30 Mac 2021. Inna
lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا...
SeLaMaT HaRi RaYa!!!!!!!
-
Salam... Di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
kpd semua pembaca2 blog Aku Sebutir Pasir yg beragama Islam.. Sorry sbb dah
lam...
Erti 'kemerdekaan' sebenar
-
Besarnya bendera ..bukti betapa semangatnya aku dengan sambutan kemerdekaan.
Aku tak pasti macam mana dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia
di...
first workshop for 2010
-
Last weekend, MaxFamily had the first workshop of this year and we had it
in Kota Kinabalu. It was a warm welcome from Sabahan people even though the
wea...