Showing posts with label NETHERLANDS. Show all posts
Showing posts with label NETHERLANDS. Show all posts

Tuesday, December 30, 2008

DEN HAAG,NETHERLANDS 26 DIS 2008 (FRI)

Seperti biasalah kami menaiki tram dan train untuk ke sesuatu tempat.Asalnya nak bertolak awal,tapi dengan kerenah budak2,kami bertolak pada jam 10 pagi dari Amsterdam.Kami terus menuju ke tepian pantai di SCHENEIVIGEN bypass Madurodam.Untuk ke pantai kami melalui shopping complex yang sibuk.Budak2 ni apalagi bila melihat pantai terus cakap nak mandi dan bermain pasir.Biasalah kat sini ramai orang bawa anjing untuk bermain2 di tepian pantai.Disebabkan suhu yang mencecah 'minus' walaupun cuaca cerah, keinginan mereka tak tertunai nak main2 kat situ. Kami sekali lagi menaiki tram menuju MADURODAM.Tempat ini telah direka oleh arkitek Siebe Jan Bouma berdasarkan model2 bangunan yang terdapat di negara ini.Kiranya tempat ini dikira bandar terkecillah di Netherlands!!! Hilman bukan main seronok lihat model2 tu terutama train yang ke sana kemari. Rasa teringat pulak zaman budak2 dulu paksa ma beli macam toys yang berbakul-bakul. Setelah puas round2 dan masuk ke kedai souvenir yang terdapat kat situ, kami pun menunggu kedatangan Abg Azmi dan Kak Fauziah(staff Embassy) untuk menjemput kami dengan kereta ke rumahnya. Lagipun kami perlu solat. Tak boleh jalan kaki dah-kebas,hinggakan air kat permukaan terusan buatan di Madurodam pun beku.Di rumah mereka kami dijamu dengan pelbagai juadah yang enak2 seperti nasi ayam,sup tauhu,mee goreng dan bubur kacang merah dan juga pisang goreng panas2 lagi.Dapatlah kami berkenalan dengan staf yang lain yang kebanyakan mereka orang Kelate/Patani dan telah menetap di sini dah berpuluh tahun jugakle. Malam itu ustaz tolong hantar kami pulang ke Rotterdam dengan kereta.

DELFT,NETHERLANDS 27 DIS 2008(SAT)


Kami bertolak ke Delft dari Rotterdam dengan menaiki train yang mengambil masa lebih kurang 15 min.Ketibaan kami disambut oleh Kak Wan Mazlina dan 2 orang anaknya Nisa dan Harris.Tanpa membuang masa kami pun berjalan ke arah bandar sambil posing2 le depan Parliment House dan Church yang baru berusia 400 tahun!.Kemudian kami masuk ke kedai souvenir yang harganya lebih murah dari kedai2 yang terdapat di situ,berdasarkan panduan kak Wan.Disebabkan cuaca yang dah mencecah "minus" apalagi kakak dan Hilman banyak merengek dan menangis.Selepas itu kami bergerak ke pasar yang menjual barangan basah dan macam2 lagilah.Dari situ kami beransur ke tempat menunggu tram untuk ke tempat kincir angin yang berdekatan.Rupa2nya kita boleh naik ke atas tanpa bayaran dan windmill ini masih beroperasi dalam memproses tepung gandum.Setelah itu kami menaiki tram menuju ke apartmen kak Wan untuk mengisi perut dengan juadah sayur lemak tempe dan ayam goreng.Kami bertolak balik ke apatmen Dr Farizah dengan menaiki train.....zzzz!

Monday, December 29, 2008

AMSTERDAM,NETHERLANDS,24-26 DIS 2008(WED-FRI)

Di ibukota Netherlands ini kami disambut oleh En Farok(yg telah lama menetap disini).Kami telah round sekitar bandarnya yang banyak muzium.Setelah itu kami menaiki bot "tour" yang tambangnya 12 euro untuk dewasa selama sejam manakala kanak2 free.Dari atas bot kami dapat melihat rumah Anna Franks yang bersembunyi dari tentera nazi,"skinny Bridges",seven bridges,bot houses dan banyak lagilah.

ROTTERDAM,NETHERLANDS,27-28 DIS 2008


Lawatan kami ini diiringi oleh Dr Farizah(classmate UM) yang sambung belajar kat ROTTERDAM.Setelah menaiki train dari Antwerpen selama lebih kurang 1 jam 15 min,kami disambut di station Rotterdam Zuid berdekatan rumah beliau.Bandar Rotterdam adalah bandar kedua terbesar di Netherland namun begitu bandar ini adalah bandar pelabuhan terbesar di dunia.Tak hairanlah banyak bot2 dan kapal kat sini.Kami bermalam selama 2 hari di sini.