Showing posts with label TRANSPORTATION. Show all posts
Showing posts with label TRANSPORTATION. Show all posts

Monday, February 9, 2009

TRAM







Tram merupakan salah satu pengangkutan awam yang popular disini. Di Ghent, ia dikendalikan oleh Syarikat De Lijn (The Line) di bawah kerajaan Flemish untuk kemudahan orang ramai sebagai pengangkutan di dalam bandar.  De Lijn memulakan operasinya di sini sejak dari tahun 1991 lagi. Tambang yang dikenakan untuk single tiket adalah sebanyak  € 1,60 (jika dibeli atas tram),  € 1,20 (machine). Untuk menjimatkan digalakan membeli untuk 10 kali perjalanan = € 0,80. Setiap tiket perlu di 'stamp' setiap kali perjalanan, namun ia diterima/free jika dalam masa sejam.

Tuesday, February 3, 2009

COMMON TRANSPORT-BICYCLE












Di sini, dimana-mana saja kelihatan orang berbasikal. Tak kira dari yang berpangkat hinggalah yang kerja biasa-biasa aje pun berbasikal. Pasukan beruniform pun berbasikal seperti polis dan posman.Basikal pun macam-macam jenis. Tak hairanlah tempat parking basikal pun ada. Kalau taknak parking, boleh beli yang boleh dilipat. Senang dibawa ke mana aje. Mesra alam betullah. Namun begitu, kebanyakan jalan di sini adalah jalan 'cobblestones'. Maka bergegar-shaking experience akan dirasai.