Showing posts with label HAPPENINGS IN GHENT. Show all posts
Showing posts with label HAPPENINGS IN GHENT. Show all posts

Sunday, March 29, 2009

PUPPET SHOW





Hari ini di depan City Hall, ada petunjukkan PUPPET. Inilah kali pertama kakak dan Hilman menyaksikan persembahan puppet. Ramai juga yang menyaksikan pertunjukkan ini ditambah dengan cuaca yang baik dan ianya percuma saja. Pertunjukkan ini bersempena dengan festival 'International Puppetbuskers' 2009 yang akan berlansung pada 18 Julai hingga 26 Julai 2009. Di samping itu di tempat ini juga kebetulan ada kumpulan pancaragam bersama dengan penari2nya membuat persembahan.

Saturday, January 10, 2009

WINTER SEASON IN GHENT


















Barulah nampak ada snow kat Ghent musim winter ini. Dulu snow turun masa dah nak habis summer kami tak ada kat sini. Tapi kali ni snow taklah lebat cuma disebabkan freezing fog maka dapatlah menikmati keajaiban alam Allah Yang Maha Indah ini. Daun2, ranting2 pokok diselaputi embun yang beku amat cantik sekali. Sungai dan water lines di Ghent ni pun dah mulai beku. Suhupun sampai -14' celsius. Professor Oosterlinck kata "You're lucky because this normally happens every 15-20 years". Diapun this weekend nak pergi skate kat atas sungai. Harap2 lepas ni turunlah snow lebat2 sikit supaya hilman & hilmiyyah boleh buat snowman. May be nak pergi ke Blaarmersen Watersport nak tengok samada tasik buatan dah beku tak sebab ada somebody cakap ada orang nak main skate kat situ. Memangpun dah beku termasuk semua laluan air di Ghent tetapi tak ada orang main skate lagi may be masih tak cukup tebal. Orang yang curi2 mainpun dilarang oleh polis yang kebetulan ada di situ. Dapat dilihat sekumpulan divers diving bawah lapisan ais......rasanya mungkin dia orang praktis kot dengan ambulans standby kat situ

Sunday, January 4, 2009

SALE SOLDEN SOLDES








Penurunan harga untuk semua barang-barang! Tahun ini ia bermula dari hari ahad 4 hb selama sebulan.Menarik, tapi perlu diingat, jangan di'convert' kepada matawang kitalah. Keputusannya, beli jangan tak beli....Semua kedai mempamerkan poster dan iklan untuk menarik perhatian. Diskaun dari 10 % hinggalah 80%. Hatta kedai barangan 'second hand' pun ada diskaun. Satu lagi yang pasti, kedai2 ini juga nak menghabiskan stok lama mereka. Meriah betul tengok orang ramai berkerumun di depan kedai pilihan masing-masing menanti saat pintu kedai dibuka. Agaknya, mereka semua memang nak 'shopping' time ni aje. Apa-apa ajelah asal bahagia!

Monday, December 22, 2008

WINTER SEASON JUST BEGUN











Kelmarin 21 Disember bermulalah musim winter tapi snow tak de le, kat Ghent ni artificial one ade yang depa dok main ice skating 20m dari apartment kami. Tak beranilah nak main kot2 jatuh nanti malu kat mat2 saleh. Macam2lah depa buat seperti gerai2 jualan, permainan kanak2(ini yang tak tahan sbb hilman&hilmiyyah sure nak main punye......duitle maknenya takpelah untuk anak2 asalkan depa happy) dll.

Thursday, October 9, 2008

LIVELY GHENT











Boleh dikatakan setiap hari minggu sejak kami tiba ada saja macam2 aktiviti yang dianjurkan seperti Florelien, Flikken Dag, Ghent Film Festival dll.