Showing posts with label VISITING MALAYSIAN FRIENDS. Show all posts
Showing posts with label VISITING MALAYSIAN FRIENDS. Show all posts

Thursday, April 23, 2009

BYE-BYE ANTWERP, 22APR



Lawatan kami kali ini ke Antwerp sebagai tanda ingatan terhadap teman-teman di perantauan,kerana kami akan berangkat pulang pada minggu depan. Terima kasih segalanya kepada warga Antwerp; Madzli+Balkhis+Iqhwan+Izhaq, Saiful Fitri dan Kak Lena. Semoga berjumpa di tanah air.

Sunday, February 22, 2009

ANTWERPEN REVISITED 21 FEB 2009 SATURDAY







Kami ke rumah Madzli dan Norbalkhis setelah habis round2 kat Aquatopia. Kali pertama pergi masa open house raya puasa tahun lepas. Selepas jalan-jalan rupanya kami dah terlupa kat mana rumah beliau. Alhamdulillah jalan tersebut berdekatan dengan rumah beliau dan beliau datang mengiringi kami (bersama Dr Pazudin). Sesampainya kami, tuan rumah telah menjamu kami dengan nasi tomato, ayam masak merah dan salad turki....emmm sedap! Setelah itu kami dihidangkan pula dengan kuih koci....kami berangkat pulang selepas maghrib. Terima Kasih kepada Madzli sekeluarga.

Wednesday, January 28, 2009

MAKAN LAGI, MAKAN LAGI 24 jan 2009











Kami beramai-ramai menaiki tram no 4 dan metro STOEKEL menuju ke KRAINEM setelah puas 'round' Brussel-Noord untuk ke rumah En Adnan/Pn NurulHuda. Setibanya di Krainem kami bersua dengan pasangan Izham dan Nurul yang kebetulan shopping di bandar Brussel. Kami sama2 menunggu bas 316 atau 352 untuk ke rumah En Adnan. Oleh kerana kepenatan dan kesejukan menunggu bus yang berhenti berehat, separuh dari kami menaiki kereta En Adnan. Setelah kekenyangan dijamu dengan nasi tomato,daging kerutuk, ayam goreng, asam pedas ikan patin, mee tomyam dan bingka ubi kayu kami mengadakan sessi membaca surah Yassin dan Tahlil pada sebelah petang. Di sebelah malamnya, kaum Adam keluar ke bandar untuk bermain bowling. Malam itu kami semua ber'khemah' di rumah En Adnan. zzzzzzz........ Keesokan paginya sarapan kami ditaja oleh tuan rumah lagi dengan pulut durian,mee goreng dan nasi lemak. 

Wednesday, January 21, 2009

MOROCCAN FOOD BY MALAYSIAN , 20 Jan (TUESDAY)





Lawatan singkat ke rumah Kak Era dan Abg Yani di Brussel untuk menjamu selera dengan hidangan dari negara Morocco.Kak Era telah memasak sendiri SUP HARIRA dan MOROCCAN BASTEELA CHICKEN(SWEET) yang seakan-akan CHICKEN PIE yang intinya manis. Kami juga dihidangkan dengan CHOCOLATE BROWNIES yang memang lazat. Malam itu kami pulang dengan kekenyangan.Inilah pengalaman pertama kami makan masakan Morocco bersama-sama Dr Pazudin sekeluarga. Kepada tuan rumah....hanya terima kasih yang dapat kami lafazkan.

Saturday, January 10, 2009

MAKAN-MAKAN LAGI DI LIEGE, 3 JANUARI 2009









lagi2 makan kat LIEGE tapi kali ni kita makan nasi kerabu ayam perciklah pulak ada special chef dari brussels yang buat (nurulhuda en. adnan embassylah kali ni). eh ada orang nak makan solok ladalah pulak maka terpaksalah aku pergi cari lada (org kedah panggil cabai) yang besar. kat sini mahallah sikit.(ini cerita barulah pulak: terkejut badak aku beb bila semalam aku lihat kat kedai ada cabai sebesar lenganku). ikan makerel pulak tak ada...ikan bilis besar/sardin jadilah mangsanya. kelapa parut tu guna aje kelapa yang guna untuk tabur atas kek.....ah tak kisahlah. satu lagi depa masak laksa kelantan guna ikan yang samalah....gunalah apa saja yang boleh didapati di sini. sampai aje kat liege excitednya hilmiyyah & hilman ada snow lak...apa lagi posing le. tapi wow crowdedlah train dari liege guillemin ke liege palais....rupa2nya depa nak shopping lah sebab sepanjang bulan Januari ni ada sales di seluruh belgium. memang dah ku jangka masak2 ni macam last time datang will take time. tak pe janji dapat makan nasi kerabu. last one aku makan nasi kerabu kat rumah abg yani & almahera masa buka puasa mula2 kami datang ke belgium.

Monday, December 29, 2008

LIEGE REVISITED,21 DIS 2008(SUNDAY)

Kunjungan kami bersama Dr Pazudin & family kali kedua ini ke LIEGE adalah sebagai tanda ingatan terhadap adik kami Nurul dan Izham(Am).Pada hari tersebut kami telah masak nasi dagang bersama2 walaupun kami semua tak ada kemahiran dalam kukus mengukus nasi dagang ni.Dengan pertolongan resepi dari Pn Almahera Abd Ghani, Alhamdulillah projek kami menjadi,kata orang bolehlah walaupun tak sehebat nasi dagang kat tanahair.Dapatlah kami semua menghilangkan kempunan makan nasi dagang tapi yang paling penting "orang mengidam" dapat menikmatinya dengan puas hati.Setelah projek makan2 selesai,kami semua sama2 round sekitar bandar,yang kebetulan ada fun fair dan gerai2 jualan sempena Krismas dan Tahun Baru.

Saturday, December 13, 2008

MENZIARAHI KELUARGA ZAFRI & SITI NUR SYLVY, 13 DIS 2008





















Zafri merupakan kenalan baru kami yang sememangnya kami carikan setelah kami tiba di Belgium. Dr Shafie (HUSM acting HOD of Radiology) lah yang memberitahu kami akan adanya seorang rakyat Malaysia di Mons. Dengan izin Allah Yang Maha Kuasa maka kami jumpa beliau pada Hari Raya Aidil Fitri di embassy walaupun kami tak pernah tahu bagaimana rupa beliau. Beliau telah tinggal di sini selama 4 tahun setelah mendapat jodoh dengan Siti Nur Sylvi, warga Belgium yang memeluk Islam sebelum berkahwin dgn Zafri. Bagaimana kuasa Allah telah mempertemukan Siti Nur yang datang melancong ke Malaysia pada tahun 2001 dengan Zafri seorang nelayan di Penang. Dengan semangat ingin mendalami Islam maka mereka berdua telah belajar di Pondok Ad Diniah Al Falahiah Sungai Petai, Pasir Puteh, Kelantan. Hasil perkahwinan mereka sejak 2002 mereka telah dikurniakan 2 orang anak perempuan yang comel, Nurhidayah berumur 2 tahun 2 bulan & yang terbaru Aisyah Umairah yang baru berumur 10 hari. Alhamdulillah, kami dapat "shopping ticket" dengan harga 8 euro seorang return yang hanya ada pada setiap hari minggu bulan Disember & Januari. Perjalanan kami sekeluarga bersama Dr Pazudin sekeluarga dari Ghent ke Kampung Hensies, Hainin mengambil masa hampir 3 jam (ketinggalan train ke Hainin di Brussel Zuid/Bruxelle Midi akibat kelewatan train dari Ghent). So, terpaksalah kami semua lepak di Brussel Zuid selama satu jam. Dengan keadaan cuaca yang sangat baik maka akhirnya kami tiba di Hainin pada jam 1.20 petang. Kampung ini hanya 6 km dari sempadan Peranchis. Maka, sudah semestinya kesemua penduduk di sini bercakap dalam French. Laluan keretapi ini melalui bandar Mons atau dipanggil Bergen dalam bahasa Flemish. Penduduk di Hainin hanya berjumlah lebih kurang 1000 orang dan kebanyakan mereka adalah petani moden. Di sini kebanyakan rumah adalah banglo walaupun teratak yang diduduki Zafri adalah kecil sahaja. Tetapi, rezeki menyebelahi beliau apabila rumah tersebut juga mempunyai halaman yang agak luas selang sebuah rumah buruk yang telah 20 tahun ditinggalkan yang digunakan beliau untuk bercucuk tanam dan membela ayam. Inilah pekerjaan beliau sebelum bekerja di embassy di Brussels. Di belakang rumahnya adalah sebuah padang bolasepak. Walaupun beliau merupakan seorang rakyat Malaysia yang sememangnya tersangatlah sedikit bilangannya di Belgium ini beliau agak dikenali di kalangan penduduk tempatan di kampung Hensies, Hainin. Kami sangat berselera sekali makan nasi bersama kari ikan (dimasak oleh Zafri) & gulai lemak Malaysia (dimasak oleh isterinya!!!). Selepas itu saya, Dr Pazudin & Zafri bersolat di masjid yang terletak lebih kurang 15 minit perjalanan dgn kereta. Kami pulang dengan menaiki train pada jam 4.42 petang.