Flea Market (kedai barangan 'second hand') di Ghent ini terletak di belakang gereja Saint Jacob. Ia dibuka setiap hari jumaat, sabtu dan ahad dari jam 8 pagi hingga 1 tgh. Di pasar ini kita boleh mendapatkan barangan seperti pakaian, perabot, perhiasan rumah, alatan elektrik,permainan kanak-kanak dan terdapat juga barangan yang antik tetapi masih kelihatan elok terjaga.
Kami membeli ikan segar seminggu sekali iaitu pada hari jumaat di Friday Market (VRIJDAY MARKT). Namun begitu di kedai-kedai runcit dan supermarket juga ada menjual ikan/seafood (frozen). Terdapat pelbagai jenis ikan yang dijual dan harganya berpatutanlah pada pendapat kami. Terdapat beberapa lori yang menjual ikan namun berbeza harga so kena surveylah dulu sebelum membeli...Di sini juga kita boleh meminta mereka (penjual ikan) menyiang terus ikan - ikan yang dibeli tetapi rasanya membazir pula kerana teknik memotong mereka (mungkin nak cepat) menyebabkan sebahagian isi ikan juga dibuang.
Kat Ghent tak ada wet market macam tempat kita. Nasib baik dekat dengan appartment kami ada Friday Market jadi hari Jumaat lalu kami ke sana. Ianya seperti pasar tani kita. Kat sinilah ada dijual pakaian murah2, makanan termasuklah makanan laut seperti ikan basah. Tengok gerai tu sebenarnya lori treler yg ditukar menjadi gerai.....siap dgn peti sejuk sekali. Kami window shopping juga baju winter. Kat sinilah Hilmiyyah nak subang harganya 12euro, gold plated punya sebab subang piring dah patah. Hilman..apa lagi nak ultramanlah tapi kat sini mana ada. Jadi belilah kasut yang ada muzik sebab ada gambar ultraman. Harganya 5 euro. Dibeli juga selipar macam crocs tapi mahallah 8 euro. Lupa nak bawa selipar "2 teeth" beliau. Sampai aje kat sini ditanya beliau mana seliparnya. Kalau kat M'sia harganya RM6 aje. Terdapat juga gerai yang menjual bermacam2 jenis biskut, kek dan coklat......pilih aje 5 jenis untuk 3 euro. Murahlah tu.
Ghent ( Gent in Dutch; Gand in French ) is a city of Flanders, the northern part of Belgium. Ghent is a city of historical. During the Middle Ages, it was one of the richest and most powerful cities in Europe. The main language here is Dutch (Flanders' people prefer Flemish).
Peristiwa Pilu 11 April 2021
-
Assalamualaikum sahabat,
Inilah foto kami yg terakhir, di majlis konvo pada 30 Mac 2021. Inna
lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا...
SeLaMaT HaRi RaYa!!!!!!!
-
Salam... Di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
kpd semua pembaca2 blog Aku Sebutir Pasir yg beragama Islam.. Sorry sbb dah
lam...
Erti 'kemerdekaan' sebenar
-
Besarnya bendera ..bukti betapa semangatnya aku dengan sambutan kemerdekaan.
Aku tak pasti macam mana dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia
di...
first workshop for 2010
-
Last weekend, MaxFamily had the first workshop of this year and we had it
in Kota Kinabalu. It was a warm welcome from Sabahan people even though the
wea...