Thursday, October 9, 2008

PUCUK DICITA ULAM MENDATANG






Keinginan untuk berjumpa dengan mana2 orang Malaysia di Ghent akhirnya tercapai setelah ku beranikan diri untuk tegur seorang lelaki bernama Zaini, pelajar PhD di bidang applied mathematics di University of Ghent semasa membeli-belah di Friday Market. Maklumlah kat sini muka orang Indon, Philipines dan Bangla lebih kurang aje dengan kita. Biasalah orang M'sia selalunya prihatin pasal halal-haram bila membeli barang makanan. Dari situlah saya agak beliau berkemungkinan besar orang kita. Setelah berkenalan......orang Kedah rupanya. Beliau tunjukkan kami gerai2 ikan yang lebih murah dan juga bawa kami ke kedai Sun Wah, kedai cina yang banyak jual brg2 dari Asia. Lempuk durian, belacan, kacang bendi, daun pisang dan macam2 lagilah semuanya ada......cuma kena pandai pilihlah mana satu yang halal. Kat Brussels, Antwerp pun ada banyak kedai2 cina dan siam. Sampaikan gula melaka pun ada. Saifullah, seorang lagi pelajar PhD di Brussels ada buat ondeh2 tempohari masa buka puasa kat rumah abang Yani di Brussels. Dari situlah kami tahu bahawa adanya gula melaka di sini. Tak perlulah kiriman dari kampung........... Kamipun tunjukkan appartment kami. Lepas tu kami naik bas no 3 (depan rumah aje) ke rumah beliau di Hoogstraat. Isterinya nama Rosmaini Kasim, pensyarah UUM tapi jadi housewife le kat sini. Lagipun beliau baru melahirkan anak lelaki 3 bulan yang lalu di sini. Ibunya orang Golok, ayahnya orang Kedah tapi beliau tak lah fasih sangat bahaso kelate.....

No comments: