Thursday, October 16, 2008

ZAINI'S AIDILFITRI OPEN-HOUSE, GHENT, 5 OCT 2008


Setelah pergi openhouse kat rumah duta yang agak jauh jugak kat Brussels tu pada hari Ahad maka kami berkumpul pulak kat rumah Zaini di Hoogstraat. Semua pelajar PhD datang kecuali sorang pelajar PhD perempuan yang kat Brussels tu lupa dah namanya. Kawan2 PhD Zaini dari Syria & Turki pun datang. Ada laksam kelantan, soto, kari daging, nasi minyak, cendol dll. Ada sahabat kita dari Jepun yang tinggal kat Leuven untuk sebulan atas urusan rasmi company beliau.lupa dah nama beliau. Bestnya kumpul ramai2 dan makan makanan Malaysia. Rasanya lebih meriah daripada kat Malaysia.

HARI RAYA PERTAMA, MALAYSIAN EMBASSY, 1 OCT 2008


Hari Raya sehari lebih awal dari Malaysia. Setelah dapat email yang solat raya akan diadakan di Malaysian Embassy di Brussels, pada pagi raya 30 September kami bergegas ke sana....fuh jauh jugak sebab selepas naik train dari Ghent, di Brussel Central Station kena pulak naik metro direction ke Stockel turun di Montgomery. Di situ naik tram no 44 atau 39 turun di Madoux. Embassy hanya 20m dari stop tersebut. Hujan renyai2 pulak tu. Jawabnya hanya sempat dengar khutbah raya je ..le. Dapatlah berkenalan dgn kakitangan embassy dan pelajar Malaysia. tak ramai.... 95% buat PhD. Rupa2nya abang Azmil Ali Setan pun ada. Beliau sekarang belajar ugama di Syria. Dia datang dengan anak2 beraya dengan kakaknya di Brussels. Duta Besar Malaysia, Dato Hanif dan Isteri mulakan dengan ucapan hariraya. Satu jemaah tabligh dari Malaysia pun ada.....mereka kat sini dah sebulan. Saya dapat juga jumpa kakak Nur Aishah Taib, my classmate, UMMC Breast Surgeon. Kakaknya nama NurAshikin, salah seorang kakitangan penting kat embassy. Seronok juga raya kat sini. Last dapat juga jumpa abang Zafri yang tinggal kat Mons, kawan Dr Shafie. Dia dulunya nelayan orang penang kahwin dengan orang Belgium yang dikenalinya masa she visited M'sia sometime ago then masuk Islam. Jodoh katakan. Dia happy kat sini.Kalau kat M'sia dia raya sorang2 aje katanya. Isterinya bagus bertudung sebagai orang Islam & boleh cakap melayu pulak tu.


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com


Pada Hari Jumaat saya dan Dr Pazudin ke rumah Yang Berbahagia Dato' Hanif, Duta Besar Malaysia bagi Belgium, Luxembourg & European Union lepas kami balik dari hospital. Hari itu hujan lebat dan rumah beliau agak jauh juga tapi akhirnya kami tiba selepas hampir 2 jam perjalanan. Rupa2nya ramai juga orang2 kenamaan dari berbagai bangsa yang hadir termasuklah rakyat Malaysia yang tinggal atau bekerja di sekitar Belgium. Ruginya kami tidak ambil apa2 foto sebagai kenangan. Macam-macam makanan yang dimasak sendiri oleh Yang Berbahagia Datin ( hebat juga Datin). Nasib kami baik bila driver Dato' seorang Indian yang baik hati hantar kami pulang sehingga ke Brussel Zuid.

Thursday, October 9, 2008

PUCUK DICITA ULAM MENDATANG






Keinginan untuk berjumpa dengan mana2 orang Malaysia di Ghent akhirnya tercapai setelah ku beranikan diri untuk tegur seorang lelaki bernama Zaini, pelajar PhD di bidang applied mathematics di University of Ghent semasa membeli-belah di Friday Market. Maklumlah kat sini muka orang Indon, Philipines dan Bangla lebih kurang aje dengan kita. Biasalah orang M'sia selalunya prihatin pasal halal-haram bila membeli barang makanan. Dari situlah saya agak beliau berkemungkinan besar orang kita. Setelah berkenalan......orang Kedah rupanya. Beliau tunjukkan kami gerai2 ikan yang lebih murah dan juga bawa kami ke kedai Sun Wah, kedai cina yang banyak jual brg2 dari Asia. Lempuk durian, belacan, kacang bendi, daun pisang dan macam2 lagilah semuanya ada......cuma kena pandai pilihlah mana satu yang halal. Kat Brussels, Antwerp pun ada banyak kedai2 cina dan siam. Sampaikan gula melaka pun ada. Saifullah, seorang lagi pelajar PhD di Brussels ada buat ondeh2 tempohari masa buka puasa kat rumah abang Yani di Brussels. Dari situlah kami tahu bahawa adanya gula melaka di sini. Tak perlulah kiriman dari kampung........... Kamipun tunjukkan appartment kami. Lepas tu kami naik bas no 3 (depan rumah aje) ke rumah beliau di Hoogstraat. Isterinya nama Rosmaini Kasim, pensyarah UUM tapi jadi housewife le kat sini. Lagipun beliau baru melahirkan anak lelaki 3 bulan yang lalu di sini. Ibunya orang Golok, ayahnya orang Kedah tapi beliau tak lah fasih sangat bahaso kelate.....

LIVELY GHENT











Boleh dikatakan setiap hari minggu sejak kami tiba ada saja macam2 aktiviti yang dianjurkan seperti Florelien, Flikken Dag, Ghent Film Festival dll.