Saturday, September 27, 2008

FIRST VISIT TO BRUSSELS




u
tour.

se











Pada 20 September kami sekeluarga & Dr Pazudin ke Brussels.......saja nak kenal. Abang Mohd Yani Daud, senior 1st batch SPM 1984 Sains Machang datang jemput kami kat Brussels Centraal- stesen keretapi utama Brussels. Masa tu renovation in progress. Keluar aje stesen kami didatangi orang Morocco promote bus city. Kat Brussels 85% cakap French. Bolehlah sikit cakap arab jadi dia bagi kami 2-days trip instead of 1-day trip so murahlah iaitu 10 euro, budak2 free. tapi kami hanya naik bus tu lepas balik dari rumah abe Yani. kami tak turunpun dari bus tu. Hilmiyyah asyik keluar masuk aje antara tempat terbuka & tertutup. Nasib baik cuaca tak sejuk sangat so bolehlah duduk kat keluar tapi penuh pulak dgn tourist. Ada 16 places of attractions. Dalam perjalanan terserempak dgn orang buat demonstrasi. Kat sini polis bagi kerjasama penuh biarpun protester tu dok kat tengah jalan blocking the traffic. Kalau tempat kita jangan harap nak bagi. Kemudian kami ke rumah abe Yani dengan metro, kami turun kat Petillon (sebut petiyon) naik metro (subway train). Kat sini hanya ada dua line macam kat M'sia. Yang lain macam kat Ghent guna tram & bus. Beliau ada seorang anak lelaki namanya Aminul berumur 10 tahun, sekolah kat International school sebagaimana anak2 pegawai kedutaan. Isterinya Mahera junior setahun kat Sains Machang. Hari ni nak pergi buka puasa kat sana, makan nasi kerabu. Semalam buka puasa kat rumah Muhammad Zaini, pelajar PhD kat University of Ghent, di Hoogstraat, makan nasi ayam. jumpa kat Friday Market masa nak beli biskut. Itupun lama jugak nak tegur dia, kot orang Indon atau Philipine. Dia orang Kedah, isterinya Rosmaini orang Kedah juga. Ada anak 2 orang 3 tahun & 3 bulan. Mereka dah setahun lebih kat sini. Seronoklah Hilmiyyah & Hilman main kat rumah dia sebab banyak mainan. Zaini bawa kami tunjuk kedai cina depan apartment kami. rupa2nya ada macam brg keperluan termasuklah rempah ratus, belacan & milo. beras siam kat sini pun murah. Saya & zaini solat kat Bevrijdings. Ramainya orang islam kat sana. Macam2 kedai orang islam. rasanya lebih murah dari sleepstraat. Pazudin pun join buka puasa sama. belum sampai rumah masa balik Hilmiyyah dah tidur sebab awal2 pagi lagi dah bangun live chatting dengan Wo (neneknya) untuk 1st time....baru dapat access connection.

No comments: