Hari kedua, Jumaat, kami berjalan kaki mencari Town Council selepas mendapat petunjuk dari Tourist Information Center kat Belfy Tower. Ia terletak di Ghent Zuid. Sebelah Town Council ada library kat sini dipanggil Bibliotheek. Masa daftar tu macam2 bangsa dapat dilihat mostly university students kot so mereka dapat berkomunikasi dalam bahasa Belanda. Rasa kecewa sebab plan untuk ke Istanbul & Cambridge dlm masa terdekat mungkin terpaksa dilupakan selepas diberitahu kena tunggu dapatkan Belgian ID dulu yg ambil masa sebulan baru boleh keluarmasuk Belgium.
Kat depan Town Council ada shopping complex. Kat sini kami first shopping kat supermarket Match. Cari harga termurah. Hilmiyyah & Hilman seronoklah nampak ada tempat bermain. masuk aje 1 atau 2 euro bergeraklah dia. Kat Zuid inilah nampak macam stesen bas & tram yang agak besar. kami beli tiket untuk 10 kali naik yang lebih murah. tiket ini boleh digunakan untuk perjalanan dalam zon 1&2 samada bas atau tram. Maka kamipun naiklah tram ke sleepstraat sekali lagi mencari bahan basah. Lengkuas pun ada. Buat berat aje bawa lengkuas. Timun batang lainlah sikit tapi rasa sama aje. Ikan yang adapun frozen dan mahal pulak tu. Disebabkan terasa sangat nak makan ikan maka dibelilah ikan bilis yang sebesar jari telunjuk.
Hari ketiga, Sabtu, Prof Oosterlinck datang bertanya khabar samada kami ok ke tak. Dia siap bawa basikal beliau diangkutnya dalam MPV Volkswagen beliau. Kat sini majoriti pakai basikal unta ni tapi fulamak tingginya walaupun dah di turunkan pelananya. so dia kata nanti dia lihat kat rumah yang rendah sikit. Basikal ni kami simpan di garaj kepunyaan tuanrumah Catharina Segers di blok bangunan lain. Beliau ada 5 basikal yang berlainan spt mountain bike, racing bike, basikal kembar ( boleh naik 2 orang dewasa). Kat sini agak biasa lihat orang kayuh basikal ke sana ke mari kerana ada laluan khas basikal. Budak2pun boleh diletak dalam special carriage kat belakang macamlah kami punya kat Pasir Tumboh. basikal budakpun boleh di skrukan kat basikal dewasa di belakang jadi lah basikal kembar.