Sunday, August 31, 2008

HARI PERTAMA DI GHENT, 28 AUGUST 2008

Masih lagi hari pertama weh. Hari pertama kami cari Slaapstraat (Sleep street) tempat kedai2 halal food. Kat situ ada 3 buah kedai runcit Turki menjual barang2 dapur, sayur2an, buah2an & frozen food. Ketiga2 kedai harganya berlainan walaupun barang yang sama. Nak jimat jadi pilihlah yg termurah. Malangnya mereka hanya pandai cakap Turki.....betullah kata Prof Oosterlinck org Turki tak akan cakap Belanda mereka hanya akan berkomunikasi dalam bahasa mereka. Komuniti Turki & Morocco ramai di sini jadi jalan aje 5-10 meter mesti jumpa orang bertudung. Kat situ jugalah kami jumpa playground......apa lagi seronoklah kakak & iman. On the way balik kami lalu jalan lain iaitu menyusuri sungai/taliair. Kat sini memang banyak jalan air begini. Boleh dilihat rumah2 lama di tebing sungai ini. Kami belum lagi menaiki boat untuk round sekitar kawasan ini. Boleh dilihat bumbung rumah lama yang exslusively for Ghent.








Inilah Flathotel Borluut di Belfort 12, 9000 Ghent.......tempat kami tinggal tapi di tingkat 3. Dapatlah juga exercise hari hari panjat tangga.Mula2 masuk appartment ni jam 1 pagi terkejut tengok ada orang besi berdiri tegak dgn pedang tercacak kat depannya. .Yang sebelah tu macam keranda mayat aje, ni bukan hantu ye......ini adalah penjaga appartment kami he he he......

3 comments:

zuraida said...

comel gambar weh

Unknown said...

di belgium mesti takde baju ultraman kat kedai. mesti anak mat saleh jealous hilman pakai baju ultraman.

KELUARGA ASHRAF said...

memang takde. tapi setiap kali shopping nak juga benda tu.