Sunday, August 31, 2008

HARI PERTAMA DI GHENT, 28 AUGUST 2008

Masih lagi hari pertama weh. Hari pertama kami cari Slaapstraat (Sleep street) tempat kedai2 halal food. Kat situ ada 3 buah kedai runcit Turki menjual barang2 dapur, sayur2an, buah2an & frozen food. Ketiga2 kedai harganya berlainan walaupun barang yang sama. Nak jimat jadi pilihlah yg termurah. Malangnya mereka hanya pandai cakap Turki.....betullah kata Prof Oosterlinck org Turki tak akan cakap Belanda mereka hanya akan berkomunikasi dalam bahasa mereka. Komuniti Turki & Morocco ramai di sini jadi jalan aje 5-10 meter mesti jumpa orang bertudung. Kat situ jugalah kami jumpa playground......apa lagi seronoklah kakak & iman. On the way balik kami lalu jalan lain iaitu menyusuri sungai/taliair. Kat sini memang banyak jalan air begini. Boleh dilihat rumah2 lama di tebing sungai ini. Kami belum lagi menaiki boat untuk round sekitar kawasan ini. Boleh dilihat bumbung rumah lama yang exslusively for Ghent.








Inilah Flathotel Borluut di Belfort 12, 9000 Ghent.......tempat kami tinggal tapi di tingkat 3. Dapatlah juga exercise hari hari panjat tangga.Mula2 masuk appartment ni jam 1 pagi terkejut tengok ada orang besi berdiri tegak dgn pedang tercacak kat depannya. .Yang sebelah tu macam keranda mayat aje, ni bukan hantu ye......ini adalah penjaga appartment kami he he he......

Friday, August 29, 2008

PERTAMA KALI MENJEJAKI BUMI GHENT, 27 AUG 2008






Packing:Tak tidur sibuk packing for the last time....last minute katakan. Sultan Ismail Petra Airport: Bertolak ke airport jam 5.15 pagi. Overweight luggage.....terpaksalah carry satu beg berat dgn makanan.Itupun dia orang sumbat2 lagi barang makanan kat celah poket yang boleh disumbat. Beg tu pulak patah handle sebelum boarding lagi. Abang Li Kak Mahanum kebetulan ke KL for meeting tolong carry the bag. KLIA Airport: Pulling handle beg tu bercerai berai kat KLIA terpaksalah beli cabin luggage baru RM 380 kat KLIA, takut pecah on the way. Nasib baik Amal datang jenguk kat KLIA bolehlah bagi beg rosak tu kat dia bersama 2 kampit serunding dan keropok segera. MH 004, departing at 1005 hr: Dalam flight bukan main seronok lagi hilmiyyah dan hilman....tapi mama dan papa penat melayan keletah mereka terutama dgn inflight entertainment. Sampai Heathrow, 1600 hr local time: Kat pintu k/terbang was informed that stroller was upstairs. Punyalah tunggu stroller lebih setengah jam tak dapat2 jugak so decided to proceed to the connecting flight. Staff kat kaunter BMI kata stroller ambil kat Brussels so berjalanlah turun naik tangga & bas dengan 2 hand-carry bags each yg berat2. Anak2 pulak letihlah nak jalan......terpaksalah didukung. huh seksa kat heathrow. flight to brussels delay 45 min. sampai kat Brussels satu luggage left behind di KLIA lagi. Kesian Prof Oosterlinck tunggu aku kat airport masa tu dah 11 mlm lebih. dia dtg pick up dgn kereta MPV volkswagen siap dgn infant car seat for kakak & iman. Traffic jam pulak kat motorway to Ghent. Apa yang Oosterlinck jangkakan berlaku. Sampai di Flathotel Borluut appartment hampir jam satu pagi. Tinggal kat 3rd floor pilak tu. Alahai tak ada lift. Beg besar2.2 beg penuh dgn makanan. Biniku & relatives bagi byk brg makanan; tak bawa nanti kata tak sudi pulak so terpaksalah pecah2kan, angkut sorang2 sebab anak2 & bini aku tidur sejak dlm flight lagi. siap angkut jam 2.30 pagi. Huh ketar lutut rasanya. Nasib baik dah solat Asar, Maghrib & Isyak kat Heathrow. Bolehlah terus lelapkan mata.