Thursday, April 9, 2009

BRUGGE LAGI.









Semalam kami ( papanya tak join,bersama Natrah Fatin ), menaiki train jam 1 39 pm untuk menyusuri keluarga dari Berlin yang datang melawat Belgium. Dalam keadaan hujan renyai-renyai kami teruskan perjalanan walaupun kakak merengek kesejukan. Kiranya ini adalah lawatan kami kali yang ke- 4 ke Brugge ini. Semasa cuti ini kelihatan ramai pelancong pelbagai bangsa. Alhamdulillah, hujan reda dan cuaca bertukar menjadi cerah kemudiannya.

Wednesday, April 8, 2009

TEMAN DARI BERLIN 8HB APR


Lawatan singkat teman2 dari Berlin, mereka telah bermalam di rumah Natrah sejak malam semalam. Keesokkan paginya mereka akan berangkat ke Paris untuk sessi lawatan ke negara Europe yang lain sempena cuti sekolah.

ZIARAH 7hb APR




Jamuan di rumah Zaini dan Ros kerana ziarah singkat teman-teman dari UK ( Manchester, Liverpool dan Sheffield ). Seramai 4 famili datang berkonvoi dengan kenderaan masing-masing. Mereka semua datang bercuti sempena cuti 'easter' untuk melawat negara-negara Europe yang lain.

Monday, April 6, 2009

HASSELT









Kami (bersama keluarga Zaini+Ros+Nadirah+Adi) bertolak ke Liege pada 4hb(sabtu) dengan train 3 24 petang.Hampir 2 jam perjalanan kami selamat tiba di kediaman Nurul dan Izham untuk bermalam, kerana keesokkannya kami merancang untuk ke Hasselt. Kedatangan kami disambut oleh tuan rumah dengan nasi bersama daging kerutuk+ayam masak merah+sayur brokoli....enak sungguh air tangan bakal ibu.
Kami (Nurul & Izham join bersama)bertolak ke Hasselt dari Liege dengan train yang mengambil masa selama 50 minit dengan membawa bekal sandwich dan bihun. Kemudian kami menaiki bas untuk ke Plopsaland (Theme park yang berdasarkan karekter watak dalam tv Belgium). Pada mulanya terkejut juga kerana bas yang kami naiki itu penuh dengan warga emas rupa-rupanya mereka menuju ke bangunan bersebelahan dengan Plopsaland. Tiket untuk dewasa 15 euro dan kanak-kanak 6 euro.