Thursday, February 26, 2009

BUSKERS








BUSKERS atau STREETS PERFORMERS atau lebih dikenali sebagai STREET MUSICIANS (pemuzik jalanan). Kalau di tempat kita, biasanya hanya pemuzik jalanan yang kita biasa ketemui tapi di sini bermacam ragam seperti statue, clown, juggler dan sebagainya.  Mereka melakukan ini dengan pelbagai tujuan-wang, kepuasan diri, perhatian malah kadang kala untuk latihan membuat persembahan di depan orang ramai. Apa-apa ajelah asalkan bahagia.....

Tuesday, February 24, 2009

KEBAB AJE !

Kami bergegas pulang dari Antwerpen pada malam itu kerana sahabat kami dari Paris, En Nasir dan keluarga bersama-sama rakan2nya akan bertandang ke apartmen kami. Kami sempat menaiki train yang akan bertolak pada pukul 7 47 malam. Oleh kerana rancangan awalnya berubah (sepatutnya datang keesokan harinya) kami yang tiba di Ghent lebih kurang jam 9 malam hanya sempat menyediakan (baca-membeli) kebab. En Nasir datang bercuti ke Belgium selama 2 hari dan bermalam di rumah rakannya, Iqbal di Brussels. En Nasir datang ke Ghent setelah melawat Brugge, sebuah bandar pelancongan yang tidak berapa jauh dari bandar Ghent. En Nasir (asal Shah Alam) menetap di Paris setelah mendirikan rumahtangga dengan Sakinah (berketurunan India) dan mereka berdua fasih berbahasa Perancis dan Tamil. Dalam keadaan kelam -kabut, kami tidak sempat mengambil photo.

Sunday, February 22, 2009

ANTWERPEN REVISITED 21 FEB 2009 SATURDAY







Kami ke rumah Madzli dan Norbalkhis setelah habis round2 kat Aquatopia. Kali pertama pergi masa open house raya puasa tahun lepas. Selepas jalan-jalan rupanya kami dah terlupa kat mana rumah beliau. Alhamdulillah jalan tersebut berdekatan dengan rumah beliau dan beliau datang mengiringi kami (bersama Dr Pazudin). Sesampainya kami, tuan rumah telah menjamu kami dengan nasi tomato, ayam masak merah dan salad turki....emmm sedap! Setelah itu kami dihidangkan pula dengan kuih koci....kami berangkat pulang selepas maghrib. Terima Kasih kepada Madzli sekeluarga.

AQUATOPIA 21 Feb 2009 SATURDAY










AQUATOPIA ini terletak berhadapan dengan stesyen keretapi ANTWERPEN. Dibuka setiap hari kecuali cuti Krismas dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Aquatopia ini tidaklah sebesar Underwaterworld di Singapore atau Langkawi ataupun Aquaria di KLCC. Aquatopia dibahagikan kepada kawasan 'rain forest', 'submarine', ' pirate' ship', Mangrove forest', 'Australian canyon', 'shark pool' dan banyak lagi. Semua suasana diserikan dengan bunyi-bunyian mengikut keadaan tersebut. Sempena hari pertama cuti sekolah, train yang dinaiki penuh dengan penumpang. Kami bertolak dari pukul 11 pagi dan sampai lebih kurang 1 jam berikutnya.