Tuesday, February 10, 2009

ELEPHANT PARADE












Elephant parade diadakan adalah sebagai tanda sokongan kepada gajah-gajah asia yang semakin terancam ketika ini. Misi penganjur adalah untuk menjadi penyumbang terbesar dari segi kewangan kepada pertubuhan yang membabitkan gajah. Parade yang pertama telah dipamerkan di Rotterdam, Netherlands pada tahun 2007. Pada tahun 2008, ia telah dipertontonkan di sekitar bandar Antwerpen. Statue gajah ini dibuat berdasarkan saiz sebenar anak gajah. Artis-artis tempatan dan antarabangsa seperti dari Belgium dan Thai telah mengilhamkan lukisan dan corak pada badan gajah-gajah ini. Corak dan gaya hiasan yang berbeza dipamerkan pada parade yang telah/akan diadakan di tempat-tempat lain. 

Monday, February 9, 2009

TRAM







Tram merupakan salah satu pengangkutan awam yang popular disini. Di Ghent, ia dikendalikan oleh Syarikat De Lijn (The Line) di bawah kerajaan Flemish untuk kemudahan orang ramai sebagai pengangkutan di dalam bandar.  De Lijn memulakan operasinya di sini sejak dari tahun 1991 lagi. Tambang yang dikenakan untuk single tiket adalah sebanyak  € 1,60 (jika dibeli atas tram),  € 1,20 (machine). Untuk menjimatkan digalakan membeli untuk 10 kali perjalanan = € 0,80. Setiap tiket perlu di 'stamp' setiap kali perjalanan, namun ia diterima/free jika dalam masa sejam.

Thursday, February 5, 2009

BELGIAN LACE











Ada pendapat mengatakan LACE berasal dari zaman purba Rome lagi. Di Belgium, Raja Charles ke 15 mengarahkan semua sekolah mengajar cara membuat lace. Seiring dengan peredaran masa, gaya dan teknik membuat lace juga dipertingkatkan. Terdapat 2 teknik yang dipraktikkan dalam cara membuat lace. Pertama-'needle lace', teknik ini masih lagi digiatkan di Region of Aalst. Ia dipanggil Renaissance atau Brussels lace kerana kebanyakan lace dijual di bandar ini. Jenis yang kedua ialah Bobbin Lace. Jenis ini terdapat hanya di Brugges tetapi ia tidak dikomersialkan kerana jenis lace ini tersangat mahal. Kebanyakan pembuat lace terdiri dari wanita traditional. Lace sesuai dibeli di sini sebagai tanda cenderamata. Terdapat pelbagai gaya dan corak lace dalam bentuk sapu tangan,alas meja, bekas tisu, sarung bantal, gown, apron dan banyak lagi. Pendek kata semua cantik-cantik dan kebanyakan berwarna putih.

Tuesday, February 3, 2009

COMMON TRANSPORT-BICYCLE












Di sini, dimana-mana saja kelihatan orang berbasikal. Tak kira dari yang berpangkat hinggalah yang kerja biasa-biasa aje pun berbasikal. Pasukan beruniform pun berbasikal seperti polis dan posman.Basikal pun macam-macam jenis. Tak hairanlah tempat parking basikal pun ada. Kalau taknak parking, boleh beli yang boleh dilipat. Senang dibawa ke mana aje. Mesra alam betullah. Namun begitu, kebanyakan jalan di sini adalah jalan 'cobblestones'. Maka bergegar-shaking experience akan dirasai.