Sunday, November 30, 2008

ANTWERP, BELGIUM

OSTENDE, BELGIUM, 18 OCT 2008


Lepas ke Brugge untuk kali kedua (kali ini bawa Dr Pazudin), maka kami meneruskan perjalanan ke OSTENDE, bandar di tepi pantai. Hentian keretapi exactly kat tepi pantai sebelah port. Kat sini kita boleh ke negara lain spt UK dengan kapal. Keluar aje dari stesen kelihatan "Eye on Malaysia" kata Himiyyah & Hilman maka apa lagi terpaksalah bawa mereka naik dengan harga 3 euro seorang. Rupa2nya ada funfair temporarily kat situ. Bagus jugak dapat lihat bandar Ostende dari udara. Marina kat sini tak besar seperti di sepanjang pantai dari Cannes ke Monaco.
Tak ada orang mandi masa ini sebab cuaca & airnya sejuk. Kami tak benarkan Hilmiyyah & Hilman main pasir sebab nampak banyak anjing yang berada di pantai. Sepanjang pantai ada orang jual seafood (raw&cooked). Tak berani nak cuba bimbang ada campuran yang tidak halal. Di sini sahaja yang kami lihat ada fresh seafood market yang tidak didapati di Ghent.

BRUGGE, BELGIUM


Nampaknya cuaca baik so lepas round2, kami buat keputusan ke Brugge dengan menaiki train selama 25 minit dengan harga tiket 6.5 euro pergi balik hari yang sama untuk orang dewasa. Kalau pergi sahaja harganya pun sama jugak. bagus jugak macam tu. Sepanjang perjalanan dapat dilihat kawasan kampung. Orang kat sini banyak tanam jagung, bela lembu dan kuda. Baru dapat dilihat rumah2 bungalow. Brugge merupakan kawasan pelancongan yang popular dan menarik. Ia terletak dalam satu kawasan dan tak perlu naik bas untuk ke sana ke mari. kawasannya pun menarik. memang ramai orang yang melancung ke sini.
Pemandangan di Brugge ini adalah koleksi lawatan 3 kali kami ke sini dalam masa 2 bulan berada di Ghent. Kali pertama pergi setelah 2 minggu bertapak di Ghent. Itupun unplanned sebab cuaca baik pada hari tu walaupun bulan puasa. Kali kedua bawa Dr Pazudin masa on the way nak ke Ostende. Kali ketiga masa Dr MNG datang.

EIFFEL TOWER, PARIS, 20 NOV 2008


Suasana malam di musim luruh ini sangat sejuk ditambah lagi dengan angin kencang namun 37 euro untuk 4 beranak berbaloi dengan pemandangan malam bandar Paris yang terkenal sebagai one of the most beautiful city in the world yang sangat menarik.