Wednesday, March 4, 2009

ART










Tuesday, March 3, 2009

SPRUITEN



SPRUITEN atau SPRUITKOOL atau dikenali juga sebagai BRUSSELS SPROUT dahulunya terdapat di sekitar Brussels pada tahun 1821 dan ditanam di Eropah sebagai salah satu tanaman utama di musim sejuk. Nama asalnya 'Choux de Bruxelles' dan rupanya seakan-akan kobis kecil. Rasanya.....eeemmmm, pada pendapat kamilah kurang sikit mungkin sebab tak kena dengan cara memasaknya dengan betul. Resepi sendiri2- apalagi sayur air.

Monday, March 2, 2009

SEAFOOD




Kami membeli ikan segar seminggu sekali iaitu pada hari jumaat di Friday Market (VRIJDAY MARKT). Namun begitu di kedai-kedai runcit dan supermarket juga ada menjual ikan/seafood (frozen). Terdapat pelbagai jenis ikan yang dijual dan harganya berpatutanlah pada pendapat kami. Terdapat beberapa lori yang menjual ikan namun berbeza harga so kena surveylah dulu sebelum membeli...Di sini juga kita boleh meminta mereka (penjual ikan) menyiang terus ikan - ikan yang dibeli tetapi rasanya membazir pula kerana teknik memotong mereka (mungkin nak cepat) menyebabkan sebahagian isi ikan juga dibuang.

Sunday, March 1, 2009

PANCAKE




Hari ini kami dikunjungi tetamu dari Brussels, Pn Syikin, Pn Era dan Pn Saniah. Kami telah membawa mereka jalan2 disekitar bandar Ghent. Pada penghujung musim sejuk ini sudah kelihatan ramai pengunjung yang minum2 di luar cafe dan ais-krim pun sudah dijual seperti biasa. Apalagi 'peminat' (Hilman) ais-krim pun nak makanlah juga walaupun batuknya masih kedengaran. Setelah penat menghayati pemandangan, kami singgah di Gwenola, satu cafe lama seperti kedai kopi/kopitiam untuk membasahkan tekak. Gwenola adalah cafe pancake yang famous di Ghent sejak 40 tahun dulu. Kami semua kekenyangan menikmati kelazatan pancake dengan brown sugar + butter dan hot chocolate. Terima kasih kepada semua kerana sudi menjenguk kami di sini.