Tuesday, February 3, 2009

COMMON TRANSPORT-BICYCLE












Di sini, dimana-mana saja kelihatan orang berbasikal. Tak kira dari yang berpangkat hinggalah yang kerja biasa-biasa aje pun berbasikal. Pasukan beruniform pun berbasikal seperti polis dan posman.Basikal pun macam-macam jenis. Tak hairanlah tempat parking basikal pun ada. Kalau taknak parking, boleh beli yang boleh dilipat. Senang dibawa ke mana aje. Mesra alam betullah. Namun begitu, kebanyakan jalan di sini adalah jalan 'cobblestones'. Maka bergegar-shaking experience akan dirasai.  

Monday, February 2, 2009

SNOW AGAIN 02 FEB 2009 MONDAY









Hari ini snow turun dengan lebatnya sejak dari pagi dan berakhir ke jam 1130 tengah hari. Sempatlah Kakak dan Iman melepaskan hajat bermain snow selepas waktu persekolahan sesi pagi tamat. Hari ini suhu antara -2 hingga 0 darjah celcius. Kakak dan Iman bermain snow ni di Graselei.

Sunday, February 1, 2009

NAMUR 01 FEB 2009 (AHAD)













Kami bersama-sama Dr Pazudin sekeluarga (Dr Nurul, Imran dan Safwan) telah bertolak dari Ghent menaiki train pada jam 12 24 tengah hari. Kami kemudiannya berhenti di Brussel Noord untuk menaiki train yang seterusnya ke NAMUR. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang sejam berbaloi apabila sesampainya kami di stesyen Namur, salji pun turun. Bukan main seronok lagi kakak dan HiIman. Namun, kerana suhu yang mencecah 'minus' membuatkan kami semua kesejukan ditambah dengan angin yang bertiup. Perjalanan mesti diteruskan untuk meneroka bandar ini...NAMUR, dalam bahasa Dutch dikenali sebagai NAMEN. Kota Namur ini berada di selatan Belgium iaitu di wilayah Wallonia. Memiliki kepadatan penduduk seramai 107,178 orang (2005) dengan keluasan wilayah 175,69 km persegi. Di sini, komunitinya berbahasa Perancis

BELGIAN TAPESTRY













Tapestry telah dihasilkan berkurun lamanya oleh penenun Eropah semenjak zaman Medieval (old fashion) ,'renaissance' period dan arts & crafts period. Pada kurun ke 13 dan 14, pihak gereja telah mengenalpasti nilai kesenian tapestry. Set tapestry yang tertua iaitu Apocalyspe of St John telah ditenun di Paris dari tahun 1375-1379. Di situlah pusat pengeluaran sehingga perang meletus menyebabkan penenun terpaksa melarikan diri ke utara melalui Arras ke Flanders (Belgium dan utara Perancis). Di zaman ini, kita boleh dapati koleksi tapestry dalam bentuk 'wall hanging', sarung kusyen, beg, pelapik meja dan sebagainya.