Thursday, May 28, 2009

WINDSOR CASTLE



Selepas breakfast dengan nasi goreng dan sandwich, kami bertolak dengan bus nombor 71 (Slough) ke Windsor Castle. Kebetulan sesampainya kami di situ kami dapat menyaksikan 'changing guard'. Setelah itu kami bertolak ke Paddington dan menyimpan beg di situ dengan bayaran 8 pound (sehari). Pada mulanya hajat nak ke Madamme Tussaud tetapi bila terserempak dengan bus 'sightseeing' kami pun membeli tiket tanpa banyak soal dengan bayaran 25 pound seorang dan Hilmiyyah 10 pound. Rupa2nya tiket tersebut termasuk pakej untuk 'bot cruise' (kami dah naik bot pada hari sebelumnya) itulah akibatnya tergesa-gesa beli tiket. Kami stop sekejap di Trafalgar Square untuk lunch di Restoran Jom Makan. Kemudian kami berjalan-jalan di kawasan sekitar dan menuju ke Malaysian Hall untuk solat maghrib.

Saturday, May 16, 2009

LONDON SEALIFE AQUARIUM





Bukan dalam plan kami sebenarnya untuk masuk kat London Aquarium ni, tapi Hilman yang menangis nak tengok Nemo katanya. Dengan tiket-pakej 50 pound untuk famili (2 adult dan 2 kids) rasanya memang mahal dan tempat ini tidaklah sehebat Aquaria KLCC atau Underwaterworld di Langkawi atau Singapura.

Thursday, May 7, 2009

LONDON EYE 29 APRIL





Setelah sarapan di rumah Abg Yoh/Kak Izan dengan bihun goreng ,kami pun berangkat ke kota London dengan menaiki train. Kiranya hajat kakak dan Hilman nak tengok dan naik London Eye tercapai juga. Sebelum ini ,tengok saja 'ferris wheel' mereka akan kata itu lah 'London Eye'. Dengan tiket 50 pound untuk kami berempat, kami pun beratur, pemeriksaan keselamatan juga ketat kerana mereka tidak membenarkan kami membawa bersama 'tripod kamera' tambahan pula ada nama 'Mohamed', banyak jugalah soal siasatnya. Walauapapun kami enjoy sebab cuaca cerah dan hajat anak2 dapat ditunaikan.

LONDON HEATHROW-EGHAM 28 APRIL



Kami menaiki pesawat BMI pada jam 1 55 petang dan mendarat di London Heathrow. Setelah berehat seketika kami mengambil teksi menuju ke Egham. Disini kami menumpang di rumah En Ahmad Firdaus dan Pn Anizan yang mempunyai 3 puteri. Oleh kerana kepenatan ,kami hanya berehat pada malam itu.

Brussel Airport 28 apr



Kami meninggalkan apartmen ditemani Zaini dan Natrah yang sama2 memikul beg-beg besar kami menuju ke Gent St Pieter Station dengan tram. Setelah itu kami(bersama natrah) mengambil train yang menuju ke airport, dalam 2jam lebih perjalanan kami tiba di Brussel Airport. Selesai urusan 'check-in',hanya 3 beg kami lepas kerana nak ditambah lagi 2 beg terlebih berat pula...BMI(British Midland) hanya bagi 80 kg untuk kami berempat. Sambil menanti untuk 'boarding' kami minum2 dulu di cafe Delifrance bersama Natrah. Terima kasih buat Natrah kerana sudi menghantar kami hingga ke airport. Buat teman2 yang lain...hanya ucapan terima kasih juga yang dapat diucapkan.