Tuesday, April 28, 2009

BYE-BYE GHENT...BYE-BYE BELGIUM.

SELAMAT TINGGAL BUMI BELGIUM YANG MEMBERI KAMI SEMUA KENANGAN PAHIT MANIS BERADA DI NEGARA ORANG. BETULLAH PEPATAH DAHULU KALA MENGATAKAN 'HUJAN EMAS DI NEGARA ORANG, HUJAN BATU DI NEGARA SENDIRI.

Sunday, April 26, 2009

BYE-BYE 2



Kahadiran pasangan yang bakal menimang cahayamata pertama dari Liege (Nurul/Am) memeriahkan lagi suasana makan tengah hari kami yang tak seberapa-kerana nak habiskan stok yang ada!. Disamping itu Zaini/Ros sefamili dan Natrah juga datang sebagai tanda inilah makan2 kami bersama yang terakhir di Ghent ini khususnya. Terima kasih kepada semua, semoga tali silaturrahim kita tidak akan terputus setakat ini sahaja.

BYE-BYE BRUSSELS 25 APRIL




Kami menikmati juadah tengah hari di rumah Pn Syikin/Hj. Rahim dengan berselera bersama lauk daging dendeng dan udang masak lemak. Kemudian kami berangkat pula ke rumah EN. Adnan /Pn NurulHuda. Disini kami dijamu lagi dengan pelbagai juadah seperti jemput pisang,ubi goreng dan nasi daging + ayam tandori. Kami pulang dengan kekenyangan.
Terima kasih kepada semua di atas jemputan. Ada kesempatan kami akan berkunjung lagi ke bumi Belgium ini.

Thursday, April 23, 2009

BYE-BYE ANTWERP, 22APR



Lawatan kami kali ini ke Antwerp sebagai tanda ingatan terhadap teman-teman di perantauan,kerana kami akan berangkat pulang pada minggu depan. Terima kasih segalanya kepada warga Antwerp; Madzli+Balkhis+Iqhwan+Izhaq, Saiful Fitri dan Kak Lena. Semoga berjumpa di tanah air.

Sunday, April 19, 2009

TULIP IN BRUSSELS
















GROOT-BIJGAARDEEN terdapat pameran bunga dari 09 April hingga 07 Mei 2009. Tempat ini dibuka dari jam 10 am hingga 6 pm.Tiket untuk dewasa 10 euro manakala kanak-kanak/remaja 6-14 tahun dikenakan bayaran sebanyak 5 euro. Pelbagai spesis bunga ditanam dan dipamerkan seperti tulips, ros,orkid dan ada juga bunga yang dipamerkan di dalam 'green house'. Pelbagai kemudahan disediakan seperti taman permainan kanak-kanak dan cafe. Kawasan yang seluas 14 hektar ini kiranya taman bagi 'castle' Grand Bigard. Terdapat kemudahan bus De Lijn nombor 820 yang berhenti di Pelgrims; berdekatan dengan taman ini.

Saturday, April 18, 2009

JALAN-JALAN LAGI-BRUGGE & OSTENDE.
















Pagi tadi kami menaiki train pukul 10 39 am untuk ke Brugge. Kebetulan cuaca baik, pemandangan di Brugge memang cantik seiring dengan musim bunga ini. Pelancong memang ramai dan kami bersesak-sesak untuk ke sesuatu tempat dan kebetulan ada pasar berdekatan dengan pejabat 'tourist'. Kami juga sempat membeli sedikit cenderahati untuk dibawa pulang ke tanah air pada 28hb April nanti. Kami juga telah menaiki bot menyusuri 'canal' dengan bayaran 6.70 euro untuk dewasa dan 3.10 euro untuk kanak-kanak berusia lebih pada 4 tahun. Setelah puas 'round' ...mungkin untuk kali terakhir sebelum kami meninggalkan bumi Belgium ini, kami menaiki train untuk ke Ostende. Lawatan ke Ostende ini kiranya untuk yang kali kedua. Kami sempat merasa 'seafood' dengan harga yang berpatutan pada pendapat kami seperti isi 'lobster' yang telah siap direbus pada harga 6 ketul 7 euro. Disini juga terdapat pasar ikan segar dan ikan kering. Angin pantai yang bertiup membuatkan kami kesejukan dan terpaksa pulang setelah kakak dan Iman merengek. 

KENALAN DARI UK 17 APR



Semalam kami terima lagi undangan dari Zaini/Ros sekeluarga untuk makan malam-nasi ayam special (resepi emak Ros) sempena kedatangan kawan Zaini yang kini sambung belajar di kota London. Umi+Irfan, Fathiah+famili (Sheffield) dan Doni. Siri lawatan mereka merangkumi German, Luxembourg, Belgium dan Netherlands.

Monday, April 13, 2009

SEHARIAN DI BRUSSEL








Kami (bersama Natrah) menaiki train pada jam 11 24 pagi dan sampai lebih kurang jam 12 tengah hari. Sambil menunggu kedatangan Dr Pazudin yang terlepas train, kami jalan-jalan sekitar Grand Place sambil minum hot chocolate dan makan strawberi yang dicelup coklat. Kemudian kami ke Subway untuk mengisi perut sambil menanti kedatangan Dr Pazudin yang pergi ke Grand Place semula untuk menanti Zafri + Siti Nur Slyvi + Nurul Hidayah + Aisyah Umairah dari Mons. Mereka datang untuk bertemu dengan Dr Pazudin yang akan pulang ke Malaysia pada hari Rabu ini. Setelah selesai sessi makan-makan, kami pun menuju ke masjid yang terletak di Schuman, besar juga masjid di bandar Brussel ini. Sambil jalan-jalan sekitar taman di  Triumphal Arch, Cinquantenaire Park yang berdekatan dengan masjid dan jam pun sudah menunjukkan jam 6 petang kami pun berpecah kerana Zafri mahu pulang ke Mons dan kami pula nak ke rumah Almahera di Petillon. Kami dijamu dengan nasi lemak sambal udang dan apam balik oleh tuan rumah...sedap!, terima kasih kepada Almahera. Kami pulang semula ke Ghent pada jam 10 malam.