Sunday, November 30, 2008

ANTWERP, BELGIUM

OSTENDE, BELGIUM, 18 OCT 2008


Lepas ke Brugge untuk kali kedua (kali ini bawa Dr Pazudin), maka kami meneruskan perjalanan ke OSTENDE, bandar di tepi pantai. Hentian keretapi exactly kat tepi pantai sebelah port. Kat sini kita boleh ke negara lain spt UK dengan kapal. Keluar aje dari stesen kelihatan "Eye on Malaysia" kata Himiyyah & Hilman maka apa lagi terpaksalah bawa mereka naik dengan harga 3 euro seorang. Rupa2nya ada funfair temporarily kat situ. Bagus jugak dapat lihat bandar Ostende dari udara. Marina kat sini tak besar seperti di sepanjang pantai dari Cannes ke Monaco.
Tak ada orang mandi masa ini sebab cuaca & airnya sejuk. Kami tak benarkan Hilmiyyah & Hilman main pasir sebab nampak banyak anjing yang berada di pantai. Sepanjang pantai ada orang jual seafood (raw&cooked). Tak berani nak cuba bimbang ada campuran yang tidak halal. Di sini sahaja yang kami lihat ada fresh seafood market yang tidak didapati di Ghent.

BRUGGE, BELGIUM


Nampaknya cuaca baik so lepas round2, kami buat keputusan ke Brugge dengan menaiki train selama 25 minit dengan harga tiket 6.5 euro pergi balik hari yang sama untuk orang dewasa. Kalau pergi sahaja harganya pun sama jugak. bagus jugak macam tu. Sepanjang perjalanan dapat dilihat kawasan kampung. Orang kat sini banyak tanam jagung, bela lembu dan kuda. Baru dapat dilihat rumah2 bungalow. Brugge merupakan kawasan pelancongan yang popular dan menarik. Ia terletak dalam satu kawasan dan tak perlu naik bas untuk ke sana ke mari. kawasannya pun menarik. memang ramai orang yang melancung ke sini.
Pemandangan di Brugge ini adalah koleksi lawatan 3 kali kami ke sini dalam masa 2 bulan berada di Ghent. Kali pertama pergi setelah 2 minggu bertapak di Ghent. Itupun unplanned sebab cuaca baik pada hari tu walaupun bulan puasa. Kali kedua bawa Dr Pazudin masa on the way nak ke Ostende. Kali ketiga masa Dr MNG datang.

EIFFEL TOWER, PARIS, 20 NOV 2008


Suasana malam di musim luruh ini sangat sejuk ditambah lagi dengan angin kencang namun 37 euro untuk 4 beranak berbaloi dengan pemandangan malam bandar Paris yang terkenal sebagai one of the most beautiful city in the world yang sangat menarik.

DISNEYLAND RESORT, PARIS, 23 NOV 2008

PONT NEUF, PARIS, 24 NOV 2008

MUSEUM LOUVRE, PARIS, 24 NOV 2008


Museum ini sangatlah luas dan besar.....memang bila visit dengan anak2 tak boleh lama2 walaupun banyak lagi benda yang tak dilihat kerana mereka cepat boring. Ada yang suruh didukunglah dan macam2 lagilah kerenah hilmiyyah & hilman ni. Hilmiyyah pantang lihat tempat duduk mesti disuruhnya lepak kat situ. Masa datang seorang diri ke Paris bulan April dulu satu hari ambil masa untuk lihat kesemua bahagian dalam muzium ini. Sebahagian photo ini diambil masa itulah. Walaubagaimanapun at least bolehlah my wife lihat sendiri setelah hanya dengar celotehku lepas balik dari Paris dulu.

CHAMPS ELYSEES, PARIS, 21 NOV 2008

NOTRE DAME, PARIS

Thursday, November 27, 2008

PARIS....HERE WE COME, 20-25 NOV 2008











Tercapai juga hasrat nak bawa keluarga melancong kat Paris......last April sorang aje transit untuk 3 hari on the way to Nice while attending ESPU. We took Thalys (train) from Brussels to Gare Du Nord which took about 1hr 10 min. Alhamdulillah perjalanan kami selamat walaupun we suppose not to go out of Belgium until we get our Belgian ID (wow need to wait for 5 months to get one...ridiculous). Tapi almaklumlah kena pergi jugak sebab going to sit for EBU written exam in Hopital La Pitie Salpitere. Kali inipun abang Naseer (orang Shah Alam tapi dah kat Paris 17 tahun) yang kukenal melalui Dr Shafie raikan kami semasa di sana. Asyik lunch & dinner kat rumah dia aje. Kami tinggal kat Hotel Etap La Cornueve sebagaimana yang disyorkan oleh beliau. Hotel tu murah aje 42 euro semalam. Masuk pun pakai kod setelah kita guna kad kredit tapi kena book online earlier. Staf cuma sorang aje. itupun kerja dari 6.30 -11pagi dan 5ptg -9mlm. Boleh muat sampai 3 orang tapi facility basic aje. Kawasan tu walaupun di zon 3 tapi banyak kedai halal sebab komuniti orang Islam ramai di situ. Tram stop Hotel de le ville la cornueve pun depan hotel. Area suburban selalunya kotor especially tahi anjing. This time coz with family so we normally went out in the evening especially during this season (short daytime) and because of raining. Hilmiyyah & Hilman akhirnya dapat juga lihat Eiffel Tower tapi huh....... very cold especially there was strong wind on the top. 2nd night we went to Champs Elysees. Luckily, the road was lighted up (tapi rasanye pujaumur di kota baru lagilah cantik) as christmas is coming. 3rd day kat bilik aje as I went for exam. There were 2 other Malaysians sitting for it...Miss Susan Woo, my mentor before & Mr Lee Boon Cheok, from UKM. Lecehlah depa tak bagitahu apa2pun pasal kena bawak pensil jadi this was the first time using ballpen to fill-up MCQ answer sheet. Kenalah budak resident yg jaga exam tu bagi liquid paper kat candidates. 4th day we went to Paris Disneyland and the last day we went to Museum Louvre & walked around Pont Neuf
























Lagi photo di sekitar Paris seperti Champs Elysees, Museum Louvre, Pont Neuf dll (sebab tak boleh nak upload banyak2 at one time)

Monday, November 17, 2008

LIEGE, BELGIUM, 19 OCT 2008


Pemandangan di LIEGE masa openhouse di rumah Izham (oghe panggil Am aje) & isterinya Nurul ( nama samaran missselfridge macam anak taukey famous shopping complex kat London pulak). Kat sini orang cakap French. Ramai jugak orang Islam dari negara arab utara afrika kat sini. Masa posing kat atas jambatan tu ada pulak minah Indon on the wheelchair suruh kita orang ambil gambar depa. Mengaku ajelah student bila ditanya "Kuliah disini mas?

SEKOLAH HILMIYYAH & HILMAN


Akhirnya hilmiyyah & hilman ke sekolah di sini. Nama sekolahnya seperti dalam gambar tu le. Kami hantar mereka pun setelah Wiyoto, pelajar master dari Indon kata tak perlu tunggu Belgian ID untuk hantar anak2 ke situ. Memang nasib baik tak tunggu. Punyalah terkejut bila dapat appoinment untuk ID tu 19 Jan 2009. Alahai mak datuk selepas 5 bulan kita berada di Belgium. Guna ID 3 bulan lepas tu cabut balik ke Pasir Tumboh. Nampak gaya kena tunggu lepas dapat ID baru boleh jalan sana sini. Prof Oosterlinck pun cakap orang commune punya service kurang daripada 0%. Itu mengikut pengalaman beliau bila berurusan dengan depa. Buat rayuanpun ditolak mentah2. Kenalah ambo gi setiap 2 minggu baghu temporary ID sampai tarikh appt tu. Dohlah asyik dapat nombor giliran >100 walaupun datang pukul 8 pagi kat commune tu.
Eh cerita pasal lain lak. Kami ke sekolah pada petang jumaat jumpa dengan director sekolah namanya Marleen Cloetens. Dia suruh start belajar Monday. Kelas start jam 8.20 pagi rehat 1155am dan sambung lagi pukul 1.30 hingga 3.25 petang. Eh lama jugak depa kat sekolah. Masa kat smart reader kids kelas petang tak ada jadi bolehlah belajar agama kat As Shabab. Hari Rabu kelas petang tak ada. Kena bayar 16 euro untuk satu tahun bagi kedua2 mereka untuk buah2an pada setiap hari Rabu. Kami tak bayar 1 euro setiap minggu untuk susu sebab demo tok suko minum susu. Itu aje kena bayar. Nasib baik sekolah dalam 50 m dari rumah jadi lunch time mereka balik makan kat rumah. Harap2 mereka dapat cakap flemish sebelum balik kampung nanti. Sekolah kat sini releks aje banyak main2 tak macam kat SRK dulu asyik ada homework aje.

Sunday, November 16, 2008

ANTWERPEN ZOO, ANTWERP, NOV 2008


Lawatan ke zoo tidak sia2 walaupun kena bayar 60 euro keseluruhan kami berempat..........

LAWATAN DR MNG & DR MAHRIZAH, 28-31 OCT 2008
















Tetamu yang ditunggu2 akhirnya tiba pada malam 28 Oct 2008. Dr MNG & isteri Dr Mahrizah datang dari Prague dengan SkyEurope setelah menghadiri ultrasound course di Olomouc, Chekoslovokia. Katanya di sana ada lebih kurang 25 orang pelajar Malaysia yang mengikuti jurusan perubatan di Olomouc. Mereka bersama dgn Mr Mohd & Mr Yang berada di sana selama 3 hari. Ada juga keinginan ke sana setelah mendengar cerita mereka pasal Prague. Kami bawa mereka jalan2 kat Brugge (kali ke3 buat kami) walaupun hari hujan renyai2 dengan suhu 0 degree Celcius. Mereka berdua bimbang dengan hilman yang tak ada glove takut dapat frostbite. Jadi kami belilah sarung tangan kat souvenir shop. Dalam pada itupun hilman masih lagi meminta2 nak aiskrim. Lepas tu kami berhenti minum kopi kat salah satu restoran. Nasib baik ada kedai souvenir yang masih buka di lewat petang begini. Apa lagi Dr Mng belilah 2-3 jenis pedang. Okay juga dapat pengalaman suasana malam di Brugge.