Sunday, February 1, 2009

NAMUR 01 FEB 2009 (AHAD)













Kami bersama-sama Dr Pazudin sekeluarga (Dr Nurul, Imran dan Safwan) telah bertolak dari Ghent menaiki train pada jam 12 24 tengah hari. Kami kemudiannya berhenti di Brussel Noord untuk menaiki train yang seterusnya ke NAMUR. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang sejam berbaloi apabila sesampainya kami di stesyen Namur, salji pun turun. Bukan main seronok lagi kakak dan HiIman. Namun, kerana suhu yang mencecah 'minus' membuatkan kami semua kesejukan ditambah dengan angin yang bertiup. Perjalanan mesti diteruskan untuk meneroka bandar ini...NAMUR, dalam bahasa Dutch dikenali sebagai NAMEN. Kota Namur ini berada di selatan Belgium iaitu di wilayah Wallonia. Memiliki kepadatan penduduk seramai 107,178 orang (2005) dengan keluasan wilayah 175,69 km persegi. Di sini, komunitinya berbahasa Perancis

3 comments:

rauhunt said...

Mudah ke nak communicate dlm inggeris ngan org belgium? Pastu byk ke signboard dlm bahasa inggeris?

Nurul said...

hehehhe naik citadel tak?sini pun snow td...esok pun forecast snow gak..

KELUARGA ASHRAF said...

Rauhun-kebanyakan mereka boleh speaking, tapi rasanya kebanyakan org bahagian selatan ni susah sikit (french area). Sign board rasanya takdok dale BI.

Nurul-citadel naik tapi kak na dgn Hilmiyyah naik separuh aje sebab kakak dok nangis sejuk nak turun.
Kat Ghent, baru pagi tadi dlm 7 30 pagi snow turun.Lebat juga ni..