Tuesday, February 24, 2009

KEBAB AJE !

Kami bergegas pulang dari Antwerpen pada malam itu kerana sahabat kami dari Paris, En Nasir dan keluarga bersama-sama rakan2nya akan bertandang ke apartmen kami. Kami sempat menaiki train yang akan bertolak pada pukul 7 47 malam. Oleh kerana rancangan awalnya berubah (sepatutnya datang keesokan harinya) kami yang tiba di Ghent lebih kurang jam 9 malam hanya sempat menyediakan (baca-membeli) kebab. En Nasir datang bercuti ke Belgium selama 2 hari dan bermalam di rumah rakannya, Iqbal di Brussels. En Nasir datang ke Ghent setelah melawat Brugge, sebuah bandar pelancongan yang tidak berapa jauh dari bandar Ghent. En Nasir (asal Shah Alam) menetap di Paris setelah mendirikan rumahtangga dengan Sakinah (berketurunan India) dan mereka berdua fasih berbahasa Perancis dan Tamil. Dalam keadaan kelam -kabut, kami tidak sempat mengambil photo.

3 comments:

rauhunt said...

Kelas.. buleh ckp france n tamil.
Tp takpa, kakna ngn doktor pun buleh kecek dutch ..balik bln 5 ni buleh la kecek dutch ngan org pasir tumbuh. Hillir tu

KELUARGA ASHRAF said...

Alstublieft, hahaha.

rauhunt said...

Ik spreek geen Nederlands. Spreekt u Kelate?