Showing posts with label WEEKEND OUTINGS IN GHENT. Show all posts
Showing posts with label WEEKEND OUTINGS IN GHENT. Show all posts

Tuesday, September 23, 2008

FLOWER MARKET & SECOND-HAND BOOK SELLING, GHENT

Pada setiap hari Ahad rupanya ada Flower Market kat Kouter depan Delhaize City supermarket yang kita selalu pergi shopping brg keperluan harian. Tapi kat sini hari Ahad semua kedai tutp except tourist souvenir & beberapa restoren aje. Dari bulan July selalu aje Dapat dilihat juga berbagai jenis labu. Duduk kat sini tak boleh gardening sebagaimana selalu buat kat Pasir Tumboh.Lepas tu kami jalan balik melalui jalan air, rupanya ada orang jual 2nd hand books sepanjang jalan air tu seperti yang ada di Paris. Kat situ boleh dilihat orang yang bercerita & pemain muzik jalanan seperti yang biasa dilihat di mana2 di Europe. apa2 aktiviti kat Ghent ni termasuklah persembahan berbagai variasi band/orchestra kat Kouter ni.

Saturday, September 13, 2008

RONDA-RONDA






Lepas Jumaat kat Wanderstraat, Dampoort di Masjid Ibn Okba, masjid orang2 Morocco, papa tunggu mama & anak2 di Korenmarkt. Kami window shopping tapi winter clothes agak mahal. Jumpa aje Australian Homemade Ice Cream maka apa lagi Hilmiyyah & Hilman nak le aiskrim & wafer. Kami terus round dekat Vrijdagmarkt kat situ nampaknya reasonable sikit tapi malangnya kedai pukul 6 petang dah tutup dah.

Friday, September 12, 2008

WINDOW SHOPPING





Setiap kali outing, especially kawasan shopping yang ekslusif seperti di Volderstraat telan air liur aje le. Kalau tengok number tu nampak murah tapi kalau dah kali 5 tu tak jadi le. So window shoppinglah katakan. Hanya barang yang sangat perlu atau makanan aje dibelikan. Lalu dekat kedai mainan jawabnya ada le yang meraung. Kakak dah faham sikit bila dibagitahu mahal tapi kalau dah nampak Princess nak jugak. Hilman tak ada benda lain, ultraman ultraman ultraman...........yang memang tak ada kat sini. Makanan seperti waffle tu best jugak sebab rasanya berbeza dengan waffle kat tanah air.

Sunday, September 7, 2008

HORSE CARRIAGE IN GHENT SEPTEMBER 2008


Akhirnya dapat juga keinginan hilmiyyah&hilman untuk naik horse-carriage sampaikan hilman tertidur dalam perjalanan. Harganya boleh tahan 25 euro=RM125. Ianya bermula dan berakhir di St Bavo square sebelah Belfry Tower. Inilah first time kami dapat mendengar sedikit sebanyak sejarah bangunan2 di sekitar Ghent ini.

BLAARMEERSEN RECREATIONAL & WATERSPORT PARK, GHENT, 31 AUG 2008

Atas cadangan Prof Oosterlinck kita orang naik bas 38 atau 39 dekat rumah ke Blaarmeersen. Di sini lengkap dengan berbagai tempat rekreasi spt permainan kanak2, kebanyakan aktiviti sukan, tempat camping. depa datang dgn caravan, pantai buatan dan macam2 lagi. tnegok tu bukan main seronok lagi kakak & iman. Lepak makan bihun mama & jalan2. tak larat terlampau luas. lagipun pusing baliklah bila sampai kat pantai buatan tu.........tak sesuai untuk hilmiyyah dan hilman. Kali kedua kami pergi ke Blarmeersen pada hari Sabtu.........kosong, tak ada orang walaupun cuaca sangat baik. May be people went out for shopping because on Sunday shops are not opened. Toilet anjingpun ada kat situ.Dalam perjalanan ke sini dapat dilihat rumah2 bungalow........saiz lebih kurang rumah kami kat Pasir Tumboh tapi tak ada lah pagar sekeliling rumah malah antara rumah tu hanya pagar dari pokok2 sahaja......kat sini tak macam kat Malaysia, kecurian amat sedikit sekali.

Saturday, September 6, 2008

LEPAK SEKITAR HISTORY CENTRUM



Ini sebahagian pemandangan di Belfort, center of tourism betul2 dekat kami tinggal. Inilah pemandangan penuh St Bavo Cathedral yg kami dapat lihat dari jendela belakang apartment. 

Dapat cam tak? berhadapan dengan bas yang belakang tu lah apartment kami...... 


Pemandangan dataran St Bavo Cathedral. Di sinilah Hilmiyyah & Hilman selalu lihat kereta kuda & orang bermain basikal BMX. Lalu  kawasan ini tak dapat dielakkan lagi sebab aiskrim 1-2 euro terpaksalah dibeli. Sekali makan, 2 kon aiskrim biasa tu habislah RM10 weh.