Thursday, February 5, 2009

BELGIAN LACE











Ada pendapat mengatakan LACE berasal dari zaman purba Rome lagi. Di Belgium, Raja Charles ke 15 mengarahkan semua sekolah mengajar cara membuat lace. Seiring dengan peredaran masa, gaya dan teknik membuat lace juga dipertingkatkan. Terdapat 2 teknik yang dipraktikkan dalam cara membuat lace. Pertama-'needle lace', teknik ini masih lagi digiatkan di Region of Aalst. Ia dipanggil Renaissance atau Brussels lace kerana kebanyakan lace dijual di bandar ini. Jenis yang kedua ialah Bobbin Lace. Jenis ini terdapat hanya di Brugges tetapi ia tidak dikomersialkan kerana jenis lace ini tersangat mahal. Kebanyakan pembuat lace terdiri dari wanita traditional. Lace sesuai dibeli di sini sebagai tanda cenderamata. Terdapat pelbagai gaya dan corak lace dalam bentuk sapu tangan,alas meja, bekas tisu, sarung bantal, gown, apron dan banyak lagi. Pendek kata semua cantik-cantik dan kebanyakan berwarna putih.

6 comments:

rauhunt said...

Nampaknya ketua pengarang blog ni dah bertukar tangan.

btw ..lace tu hok ore klate sebut "layh" ko?

KELUARGA ASHRAF said...

hehehe...camne rauhun tahu bertukar pengarang?

yo la tu ore kito panggil belah tuh.

rauhunt said...

yo la ..tengok ko entri pasal lace ..tapestry ..waffle tu ..tok kan la seorang doketor caro sangat bendo2 gituh. tp molek jugok buleh membantu ke arah ketakbutaan IT

KELUARGA ASHRAF said...

eemmmmmm......hehehe!

Anonymous said...

cantik kan lace ni..tp ari tu x terfikir pun nk beli hehe..

KELUARGA ASHRAF said...

rugi lah Ida tak beli-memang cantik tapi sesetengah tu macam ade kat M'sia aje.