Saturday, March 7, 2009

SUBWAY







Kami ke Brussels dengan train yang bertolak pada jam 9 24 am. Setengah jam berikutnya kami telah selamat tiba dan sambil menanti kedatangan mereka yang lain-Saifullah, Nurul Aini dan Izham dan Madzli sekeluarga dan En Adnan sekeluarga, kami pun jalan-jalan sekitar Grand Place sambil makan strawberi dan pisang yang dicelup dalam coklat (Leonidas). Tiba-tiba kedengaran siren, kemudian kelihatan 3 trak bomba dan ambulan serta polis datang ke kawasan itu...keadaan terkawal walaupun orang ramai mula berkerumun untuk mengetahui apa yang berlaku. Kami sendiri tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi....pada tanggapan kami mungkin mereka sedang berlatih kerana tidak nampak sesuatu yang mencurigakan dan tidak ada orang yang cedera. Pada masa itu, kebetulan kami ditegur oleh Abg Zul dan diajak minum di cafe berdekatan kerana melihatkan kami (budak2 ni) yang kesejukan. Kemudian kami bersama-sama ke SUBWAY, kerana mereka semua telah berada di sana. Kedai fast food ini adalah satu-satunya SUBWAY yang halal (sijil halal dari IRELAND) di Belgium.Sambil makan-makan, kami sempat menyaksikan perarakan tunjuk perasaan secara aman yang kebetulan sedang melalui kawasan itu. Kami bergegas pulang kerana pada sebelah petangnya ada program di sekolah Hilmiyyah dan Hilman.

5 comments:

rauhunt said...

Sayo tahu bakpo bombo gi ssitu. Sbb nk tulong pakaikan balik kain patung atas bangunan tu. Terlondeh doh

arsaili said...

salam..interesting journey...

Nurul said...

best tak subway?hehhehhe..

MsN said...

alaaa kakkk, nak gak makan strawberry celup chocolate tue....!!!

KELUARGA ASHRAF said...

Rauhun-napok sangat kalu hok tok cukup kain lagu tu dih. Tu mujur patung....

Arsaili-thanks.maklumlah tak pernah rasa dok di tempat org.

Nurul-sedap sengoti,kak na nok gi lagi nih.tok puas hati sebab make cepat2 gitu.

Natrah-aa lah, kenapa di Gent takde jual macam tu ye. Kalau tak kita boleh makan hari2.