Hari ini kami dikunjungi tetamu dari Brussels, Pn Syikin, Pn Era dan Pn Saniah. Kami telah membawa mereka jalan2 disekitar bandar Ghent. Pada penghujung musim sejuk ini sudah kelihatan ramai pengunjung yang minum2 di luar cafe dan ais-krim pun sudah dijual seperti biasa. Apalagi 'peminat' (Hilman) ais-krim pun nak makanlah juga walaupun batuknya masih kedengaran. Setelah penat menghayati pemandangan, kami singgah di
Gwenola, satu cafe lama seperti kedai kopi/kopitiam untuk membasahkan tekak. Gwenola adalah cafe pancake yang famous di Ghent sejak 40 tahun dulu. Kami semua kekenyangan menikmati kelazatan pancake dengan brown sugar + butter dan hot chocolate. Terima kasih kepada semua kerana sudi menjenguk kami di sini.
No comments:
Post a Comment