Monday, April 6, 2009

HASSELT









Kami (bersama keluarga Zaini+Ros+Nadirah+Adi) bertolak ke Liege pada 4hb(sabtu) dengan train 3 24 petang.Hampir 2 jam perjalanan kami selamat tiba di kediaman Nurul dan Izham untuk bermalam, kerana keesokkannya kami merancang untuk ke Hasselt. Kedatangan kami disambut oleh tuan rumah dengan nasi bersama daging kerutuk+ayam masak merah+sayur brokoli....enak sungguh air tangan bakal ibu.
Kami (Nurul & Izham join bersama)bertolak ke Hasselt dari Liege dengan train yang mengambil masa selama 50 minit dengan membawa bekal sandwich dan bihun. Kemudian kami menaiki bas untuk ke Plopsaland (Theme park yang berdasarkan karekter watak dalam tv Belgium). Pada mulanya terkejut juga kerana bas yang kami naiki itu penuh dengan warga emas rupa-rupanya mereka menuju ke bangunan bersebelahan dengan Plopsaland. Tiket untuk dewasa 15 euro dan kanak-kanak 6 euro.

2 comments:

Nurul said...

lainkali dtg duh 2,3 mlm..masak benda lain lak..hehehe..btw kalu tak pregnant mesti sy dah qada' naik seme games tu..sabar je le..

KELUARGA ASHRAF said...

bulih saje tido tu...no problem cuma tok tahu bile.
games tu nati anok besar bulihla qada'.