Thursday, January 22, 2009

BELGIAN WAFFLE









Waffle, antara kuih Belgium yang mudah didapati dimana-mana dan dijual oleh penjual jalanan di sini.Kalau tempat kita mestilah pisang goreng dan keropok gotel/lekor. WAFFLE atau dalam bahasa Perancis dikenali sebagai GAUFRE. Waffle dimasak /dibakar dalam acuan khas dipanggil 'waffle iron'. Kalau kat Brussels, biasanya waffle dihidangkan bersama2 'topping' sama ada menggunakan cream atau 'chocolate spread'. Ia juga dihidangkan sebagai 'dessert' bersama topping ais-krim. Waffle yang terkenal dan paling famous adalah dari bandar LIEGE (eastern Belgium). Ia diperkenalkan sejak dari abad ke 18 oleh chef dari Prince Bishop. Waffle ini biasanya dihidangkan kosong(plain) kerana ia sudah bersalut gula pasir. Oleh kerana tersohor dengan kelazatannya, dimana-mana gerai pun akan tertera perkataan 'Gaufre de Liege". Harga waffle biasanya dalam lingkungan Euro 1.50 hingga 2.50. Sememangnya waffle ini berbeza rasanya dengan waffle yang biasa terdapat kat tanah air. Dijamin sedap...

4 comments:

rauhunt said...

teringat bila nok beli waffle d malaysia, kawan2 siap betulkan ..suruh sebut wafer ..lol

by the way, keropok lekor?? keropok Gotel laaa

KELUARGA ASHRAF said...

Salam...
Kak na hok wat entry nih buke che abe kito.
BTW timo kasih...udah ditambah mas.

rauhunt said...

laa Kak Na, patutla pasal makanan ..duk rasa doh td. trima kasih sbb tambah nama keropok tu ..tg spesifik utk org kelantan

piece of mind said...

alaaa sedapnya tgk!!!! dah la tengah lapar ni hhehehehe (macam la ada masa yang tak lapar) hehehhe