Saturday, December 13, 2008

MENZIARAHI KELUARGA ZAFRI & SITI NUR SYLVY, 13 DIS 2008





















Zafri merupakan kenalan baru kami yang sememangnya kami carikan setelah kami tiba di Belgium. Dr Shafie (HUSM acting HOD of Radiology) lah yang memberitahu kami akan adanya seorang rakyat Malaysia di Mons. Dengan izin Allah Yang Maha Kuasa maka kami jumpa beliau pada Hari Raya Aidil Fitri di embassy walaupun kami tak pernah tahu bagaimana rupa beliau. Beliau telah tinggal di sini selama 4 tahun setelah mendapat jodoh dengan Siti Nur Sylvi, warga Belgium yang memeluk Islam sebelum berkahwin dgn Zafri. Bagaimana kuasa Allah telah mempertemukan Siti Nur yang datang melancong ke Malaysia pada tahun 2001 dengan Zafri seorang nelayan di Penang. Dengan semangat ingin mendalami Islam maka mereka berdua telah belajar di Pondok Ad Diniah Al Falahiah Sungai Petai, Pasir Puteh, Kelantan. Hasil perkahwinan mereka sejak 2002 mereka telah dikurniakan 2 orang anak perempuan yang comel, Nurhidayah berumur 2 tahun 2 bulan & yang terbaru Aisyah Umairah yang baru berumur 10 hari. Alhamdulillah, kami dapat "shopping ticket" dengan harga 8 euro seorang return yang hanya ada pada setiap hari minggu bulan Disember & Januari. Perjalanan kami sekeluarga bersama Dr Pazudin sekeluarga dari Ghent ke Kampung Hensies, Hainin mengambil masa hampir 3 jam (ketinggalan train ke Hainin di Brussel Zuid/Bruxelle Midi akibat kelewatan train dari Ghent). So, terpaksalah kami semua lepak di Brussel Zuid selama satu jam. Dengan keadaan cuaca yang sangat baik maka akhirnya kami tiba di Hainin pada jam 1.20 petang. Kampung ini hanya 6 km dari sempadan Peranchis. Maka, sudah semestinya kesemua penduduk di sini bercakap dalam French. Laluan keretapi ini melalui bandar Mons atau dipanggil Bergen dalam bahasa Flemish. Penduduk di Hainin hanya berjumlah lebih kurang 1000 orang dan kebanyakan mereka adalah petani moden. Di sini kebanyakan rumah adalah banglo walaupun teratak yang diduduki Zafri adalah kecil sahaja. Tetapi, rezeki menyebelahi beliau apabila rumah tersebut juga mempunyai halaman yang agak luas selang sebuah rumah buruk yang telah 20 tahun ditinggalkan yang digunakan beliau untuk bercucuk tanam dan membela ayam. Inilah pekerjaan beliau sebelum bekerja di embassy di Brussels. Di belakang rumahnya adalah sebuah padang bolasepak. Walaupun beliau merupakan seorang rakyat Malaysia yang sememangnya tersangatlah sedikit bilangannya di Belgium ini beliau agak dikenali di kalangan penduduk tempatan di kampung Hensies, Hainin. Kami sangat berselera sekali makan nasi bersama kari ikan (dimasak oleh Zafri) & gulai lemak Malaysia (dimasak oleh isterinya!!!). Selepas itu saya, Dr Pazudin & Zafri bersolat di masjid yang terletak lebih kurang 15 minit perjalanan dgn kereta. Kami pulang dengan menaiki train pada jam 4.42 petang.

4 comments:

rauhunt said...

Kagum juga dengan cerita kahwin campur ni. Masa ke Berlin baru2 ni pun saya jumpa beberapa pasangan yang kahwin campur. Ceritanya lebih kurang sama, isteri/suami melancong ke Malaysia dan dipertemukan jodoh di sana.

KELUARGA ASHRAF said...

dik......tangkaple Scottish sorang. dakwahkan dia. banyak pahala tu dik woi. raihan dah ada kalau nak jadi tukang merisik nanti. kali ni kenalah buat cerita terbalik sikit: melancong kat UK dapat jodoh di sana..hehehe

rauhunt said...

awek scottish pilih ore jate hok ado kreta jah (alasan semata)

KELUARGA ASHRAF said...

kan adik ni buje trang tang tang mesti banyak duit punye lagipun Merc & BM kat sana sangatlah murohkan.....belilah satu dik oi