Tuesday, December 30, 2008

DEN HAAG,NETHERLANDS 26 DIS 2008 (FRI)

Seperti biasalah kami menaiki tram dan train untuk ke sesuatu tempat.Asalnya nak bertolak awal,tapi dengan kerenah budak2,kami bertolak pada jam 10 pagi dari Amsterdam.Kami terus menuju ke tepian pantai di SCHENEIVIGEN bypass Madurodam.Untuk ke pantai kami melalui shopping complex yang sibuk.Budak2 ni apalagi bila melihat pantai terus cakap nak mandi dan bermain pasir.Biasalah kat sini ramai orang bawa anjing untuk bermain2 di tepian pantai.Disebabkan suhu yang mencecah 'minus' walaupun cuaca cerah, keinginan mereka tak tertunai nak main2 kat situ. Kami sekali lagi menaiki tram menuju MADURODAM.Tempat ini telah direka oleh arkitek Siebe Jan Bouma berdasarkan model2 bangunan yang terdapat di negara ini.Kiranya tempat ini dikira bandar terkecillah di Netherlands!!! Hilman bukan main seronok lihat model2 tu terutama train yang ke sana kemari. Rasa teringat pulak zaman budak2 dulu paksa ma beli macam toys yang berbakul-bakul. Setelah puas round2 dan masuk ke kedai souvenir yang terdapat kat situ, kami pun menunggu kedatangan Abg Azmi dan Kak Fauziah(staff Embassy) untuk menjemput kami dengan kereta ke rumahnya. Lagipun kami perlu solat. Tak boleh jalan kaki dah-kebas,hinggakan air kat permukaan terusan buatan di Madurodam pun beku.Di rumah mereka kami dijamu dengan pelbagai juadah yang enak2 seperti nasi ayam,sup tauhu,mee goreng dan bubur kacang merah dan juga pisang goreng panas2 lagi.Dapatlah kami berkenalan dengan staf yang lain yang kebanyakan mereka orang Kelate/Patani dan telah menetap di sini dah berpuluh tahun jugakle. Malam itu ustaz tolong hantar kami pulang ke Rotterdam dengan kereta.

10 comments:

Diny said...

wah..bestnyer gi amsterdam...farok apa khabar, lama tak dengar berita dr dia...kami ingat nak gi amsterdam and belgium may nanti....fari ke yg jadi tou planner nyer?? Bila nak mai Birm pulak?


Mai, Birm

KELUARGA ASHRAF said...

Farok sihat & sangat baik orangnya. Semua dia belanja. Ya lah Farilah orangnya....kalau tak manalah kami boleh kenal lain2 Malaysians di sana. Insya Allah bila dah dapat ID nanti kita gi lah. Bawa kami jalan2 kat sana pulak

rauhunt said...

Laa ..ada topless ke masa summer ..ni yg menggugat keimanan saya utk pergi sana ..nampak gaya saya terpaksa cari tempat lain utk cuti ..cari pantai yg semua org berpakaian sopan (ada ke?)

KELUARGA ASHRAF said...

oghe buje mace demo tok ke tok tahu......kat sini mano ado nok pakai gown @ suite kat pantai dik oi.
semoless pun ado....Student Mesia hok dok di Nice lagi la menjamu selera sepanjang pantai dari Cannes ke Monaco.bule summer gilah jale kalu nok dapat banyok pahalo dik

rauhunt said...

hehe ..sajo jah Dr ..buat2 tok tahu. ..(koya jadi Ajk PPI smetar).. d UK pun ado jgk tp aritu tgk majoriti hok tuo2 doh d pantai Corton, Lowestoft..

tp maso mai Berlin Raya Posa aritu lagi hebat ..dlm taman tepi jalan jah set2 dio semoless ..dae jugok la gi melawat taman tu tigo kali (kali pertamo maso poso lagi)..nok wak guano sbb 100 meter jah dari embassy sini (nasib baik tok brigak ngan Pok Sdaro)

KELUARGA ASHRAF said...

Acap demo gi Berlin..citolah ckit.

raihan hassan said...

suka betul hilman tengok train tu...
cantikla amsterdam!eh... cakuih tu supo cakuih kita ke? nampak sedap ler

KELUARGA ASHRAF said...

Dr Raihan,ini kak na....sebenarnya papanya yang cakap itu cakuih,oklah kuih tu manis dan ada rasa serbuk kulit kayu manis.

rauhunt said...

Dr ..takdok gapo sangat nok crito pasal Berlin ..saya mai sini banyok hari pun tok g jale sgt ..banyok lepok rumoh Pok Sdara jah ..Mok Sdara pulok hari2 masok sedap ..tu yg jd malas nk gi jalan2 ..takpo ado maso lg utk g jalan2 around europe

raihan hassan said...

k na,. tak payah panggil Dr raihan..panggil ann saja..lebih mesra :D hehehe bila tersebut cakuih tu realitinya sero nak makan cakuih la huhuhuuu tapi tak reti nak buat