Ini kali kedua kami round2 bandar ibu kota Belgium ni.Dulu naik sight-seeing bus yg double-decker tu tak turun.Kali ini,kami bersama2 Dr Pazudin & family telah naik bus itu dan turun di ATOMIUM.Sebelum tu kami ramai2 round kat bandar sekitar train station tu jalan kaki.Kami ke GRAND PALACE dan tengok patung budak tengah kencing yang famous kat sini-MANNEKEN PIS.Sambil makan waffle dan ais-krim(ini Hilman aje makan) kami posing2 le kat area tu.Lepas tu terus cari bus sight-seeing yang menawarkan harga murah untuk kami(kena pandai2 pilih le).Alhamdulillah dapat 10 euro seorang(dewasa),budak2 free.Perjalanan kami berjalan dengan lancar dan kami stop di ATOMIUM.Atomium ini direka oleh jurutera bernama Andre Waterkeyn untuk pameran antarabangsa pada tahun 1958.Kami semua naik hingga ke bahagian atas atomium ini.Selepas itu kami ke MINI -EUROPE.Di sini,kami mendapat banyak maklumat tentang bandar2 di seluruh eropah dengan melihat miniature bangunan2 yang famous kat negeri masing2 seperti Eiffel Tower,Menara condong Pisa dan sebagainya.
1 comment:
Salam Maal Hijrah, May Allah crown us with the best of iman, health, wealth and peace of mind in the New Year.
# teringat masa dulu2...satu kelas buat rombongan ker brussel, ada final year project visit. Setiap hari makan fish burger sehingga la dapat mencari kedai makan arab yg nasinya terlalu berminyak...tapi telan juga..ahaha
Post a Comment