Sunday, September 7, 2008

MARKET AT VRIJDAG MARKT



Kat Ghent tak ada wet market macam tempat kita. Nasib baik dekat dengan appartment kami ada Friday Market jadi hari Jumaat lalu kami ke sana. Ianya seperti pasar tani kita. Kat sinilah ada dijual pakaian murah2, makanan termasuklah makanan laut seperti ikan basah. Tengok gerai tu sebenarnya lori treler yg ditukar menjadi gerai.....siap dgn peti sejuk sekali. Kami window shopping juga baju winter. Kat sinilah Hilmiyyah nak subang harganya 12euro, gold plated punya sebab subang piring dah patah. Hilman..apa lagi nak ultramanlah tapi kat sini mana ada. Jadi belilah kasut yang ada muzik sebab ada gambar ultraman. Harganya 5 euro. Dibeli juga selipar macam crocs tapi mahallah 8 euro. Lupa nak bawa selipar "2 teeth" beliau. Sampai aje kat sini ditanya beliau mana seliparnya. Kalau kat M'sia harganya RM6 aje. Terdapat juga gerai yang menjual bermacam2 jenis biskut, kek dan coklat......pilih aje 5 jenis untuk 3 euro. Murahlah tu.

No comments: