Professor Oosterlinck sekali lagi menolongku, kali ini supaya dapat attend BAU meeting di Dolce Hotel & Resort di La Hulpe, Brussels dengan percuma. Lagipun conference ini diadakan untuk meraikan persaraan 4 professors termasuklah beliau yang telah mencecah 65 tahun. Sayangnya kerana beliau masih kelihatan 'fit' macam orang berumur 50 an. Awal2 pagi lagi aku dah bangun kerana nak catch first tram to St Pieter station & first train yang ada connection to Hoelliart. Setelah search dalam net & print out map nampak gaya macam dekat aje ke tempat itu dari station Hoeillart (sebut hoyat) tapi rupanya jauh juga terutama dari jalan besar masuk ke kawasan hotel yang terletak di kawasan hutan simpanan. Nasib jumpa Yuri orang Belarus kalau tidak jalan sorang2 ke hotel tersebut. Dahlah station tu tak macam station je. Di conference ni, aku jumpa dengan ramai prominent urologist seperti Ralph Clayman, Mahesh Desai, Marberger, Bob Djavan, Harry Her dll yg dijemput khas oleh ke 4 professor tersebut. Nampak gaya aku sorang je yang berkulit asia sawo matang nih....he3.
No comments:
Post a Comment