Sunday, November 30, 2008

OSTENDE, BELGIUM, 18 OCT 2008


Lepas ke Brugge untuk kali kedua (kali ini bawa Dr Pazudin), maka kami meneruskan perjalanan ke OSTENDE, bandar di tepi pantai. Hentian keretapi exactly kat tepi pantai sebelah port. Kat sini kita boleh ke negara lain spt UK dengan kapal. Keluar aje dari stesen kelihatan "Eye on Malaysia" kata Himiyyah & Hilman maka apa lagi terpaksalah bawa mereka naik dengan harga 3 euro seorang. Rupa2nya ada funfair temporarily kat situ. Bagus jugak dapat lihat bandar Ostende dari udara. Marina kat sini tak besar seperti di sepanjang pantai dari Cannes ke Monaco.
Tak ada orang mandi masa ini sebab cuaca & airnya sejuk. Kami tak benarkan Hilmiyyah & Hilman main pasir sebab nampak banyak anjing yang berada di pantai. Sepanjang pantai ada orang jual seafood (raw&cooked). Tak berani nak cuba bimbang ada campuran yang tidak halal. Di sini sahaja yang kami lihat ada fresh seafood market yang tidak didapati di Ghent.

No comments: