Nampaknya cuaca baik so lepas round2, kami buat keputusan ke Brugge dengan menaiki train selama 25 minit dengan harga tiket 6.5 euro pergi balik hari yang sama untuk orang dewasa. Kalau pergi sahaja harganya pun sama jugak. bagus jugak macam tu. Sepanjang perjalanan dapat dilihat kawasan kampung. Orang kat sini banyak tanam jagung, bela lembu dan kuda. Baru dapat dilihat rumah2 bungalow. Brugge merupakan kawasan pelancongan yang popular dan menarik. Ia terletak dalam satu kawasan dan tak perlu naik bas untuk ke sana ke mari. kawasannya pun menarik. memang ramai orang yang melancung ke sini.
Pemandangan di Brugge ini adalah koleksi lawatan 3 kali kami ke sini dalam masa 2 bulan berada di Ghent. Kali pertama pergi setelah 2 minggu bertapak di Ghent. Itupun unplanned sebab cuaca baik pada hari tu walaupun bulan puasa. Kali kedua bawa Dr Pazudin masa on the way nak ke Ostende. Kali ketiga masa Dr MNG datang.
No comments:
Post a Comment