Monday, November 17, 2008

SEKOLAH HILMIYYAH & HILMAN


Akhirnya hilmiyyah & hilman ke sekolah di sini. Nama sekolahnya seperti dalam gambar tu le. Kami hantar mereka pun setelah Wiyoto, pelajar master dari Indon kata tak perlu tunggu Belgian ID untuk hantar anak2 ke situ. Memang nasib baik tak tunggu. Punyalah terkejut bila dapat appoinment untuk ID tu 19 Jan 2009. Alahai mak datuk selepas 5 bulan kita berada di Belgium. Guna ID 3 bulan lepas tu cabut balik ke Pasir Tumboh. Nampak gaya kena tunggu lepas dapat ID baru boleh jalan sana sini. Prof Oosterlinck pun cakap orang commune punya service kurang daripada 0%. Itu mengikut pengalaman beliau bila berurusan dengan depa. Buat rayuanpun ditolak mentah2. Kenalah ambo gi setiap 2 minggu baghu temporary ID sampai tarikh appt tu. Dohlah asyik dapat nombor giliran >100 walaupun datang pukul 8 pagi kat commune tu.
Eh cerita pasal lain lak. Kami ke sekolah pada petang jumaat jumpa dengan director sekolah namanya Marleen Cloetens. Dia suruh start belajar Monday. Kelas start jam 8.20 pagi rehat 1155am dan sambung lagi pukul 1.30 hingga 3.25 petang. Eh lama jugak depa kat sekolah. Masa kat smart reader kids kelas petang tak ada jadi bolehlah belajar agama kat As Shabab. Hari Rabu kelas petang tak ada. Kena bayar 16 euro untuk satu tahun bagi kedua2 mereka untuk buah2an pada setiap hari Rabu. Kami tak bayar 1 euro setiap minggu untuk susu sebab demo tok suko minum susu. Itu aje kena bayar. Nasib baik sekolah dalam 50 m dari rumah jadi lunch time mereka balik makan kat rumah. Harap2 mereka dapat cakap flemish sebelum balik kampung nanti. Sekolah kat sini releks aje banyak main2 tak macam kat SRK dulu asyik ada homework aje.

2 comments:

Shahrun said...

Sorang Euro 8 saja? Lebih murah dari yuran PIBG sekolah Malaysia.

KELUARGA ASHRAF said...

Tak.... 16 euro seorang tapi ini untuk bayar buah2an for the whole year sebab setiap hari Selasa they all have to take fruits. Every week has to pay 1 euro each for their daily milk. Itu aje no fee at all.