Hari Raya sehari lebih awal dari Malaysia. Setelah dapat email yang solat raya akan diadakan di Malaysian Embassy di Brussels, pada pagi raya 30 September kami bergegas ke sana....fuh jauh jugak sebab selepas naik train dari Ghent, di Brussel Central Station kena pulak naik metro direction ke Stockel turun di Montgomery. Di situ naik tram no 44 atau 39 turun di Madoux. Embassy hanya 20m dari stop tersebut. Hujan renyai2 pulak tu. Jawabnya hanya sempat dengar khutbah raya je ..le. Dapatlah berkenalan dgn kakitangan embassy dan pelajar Malaysia. tak ramai.... 95% buat PhD. Rupa2nya abang Azmil Ali Setan pun ada. Beliau sekarang belajar ugama di Syria. Dia datang dengan anak2 beraya dengan kakaknya di Brussels. Duta Besar Malaysia, Dato Hanif dan Isteri mulakan dengan ucapan hariraya. Satu jemaah tabligh dari Malaysia pun ada.....mereka kat sini dah sebulan. Saya dapat juga jumpa kakak Nur Aishah Taib, my classmate, UMMC Breast Surgeon. Kakaknya nama NurAshikin, salah seorang kakitangan penting kat embassy. Seronok juga raya kat sini. Last dapat juga jumpa abang Zafri yang tinggal kat Mons, kawan Dr Shafie. Dia dulunya nelayan orang penang kahwin dengan orang Belgium yang dikenalinya masa she visited M'sia sometime ago then masuk Islam. Jodoh katakan. Dia happy kat sini.Kalau kat M'sia dia raya sorang2 aje katanya. Isterinya bagus bertudung sebagai orang Islam & boleh cakap melayu pulak tu.
Pada Hari Jumaat saya dan Dr Pazudin ke rumah Yang Berbahagia Dato' Hanif, Duta Besar Malaysia bagi Belgium, Luxembourg & European Union lepas kami balik dari hospital. Hari itu hujan lebat dan rumah beliau agak jauh juga tapi akhirnya kami tiba selepas hampir 2 jam perjalanan. Rupa2nya ramai juga orang2 kenamaan dari berbagai bangsa yang hadir termasuklah rakyat Malaysia yang tinggal atau bekerja di sekitar Belgium. Ruginya kami tidak ambil apa2 foto sebagai kenangan. Macam-macam makanan yang dimasak sendiri oleh Yang Berbahagia Datin ( hebat juga Datin). Nasib kami baik bila driver Dato' seorang Indian yang baik hati hantar kami pulang sehingga ke Brussel Zuid.
1 comment:
lindas fotos!
Post a Comment